Tuesday, November 29, 2011

WHUZEN - HANGZHOU - 25/10/2011

Setelah breakfast dan semua luggage di hantar ke Boat untuk ke Lobby, kami pun meneruskan tour kami menikmati keindahan diwaktu siang pulak. Senario malam dia lain dan siang lain pulak.. moh layan gambar sambil feeling di zaman2 Dynasty.

Setelah pusing habis Water Village kami pun menaiki boat untuk ke lobby serta mengambil luggage yang telah pun sampai awal2 lagi. Kami akan meneruskan perjalanan ke Hangzhou.







Ini adalah tempat Persandingan traditional mereka


























24/10/2011 - SHANGHAI - WHUZEN

Di Whuzen kami akan tinggal di Whuzen Guesthouse Water Village. Nama pun Water village sudah tentu lah ianya sebuah perkampungan Air. Tempat ini amat menarik kerana environment dan ambiance nya amat berlainan dari tempat yang telah kami pergi. Terasa berada dizaman dolu2 pulak bila berada disini. Mcm cerita cina dulu2.. mesti ingatkan! Bangunannya antik dan bentuknya masih dikekalkan untuk mendapatkan feeling zaman dolu2. Mula2 rakan2 ku semua mcm terkejut gak.. dia org terfikir.. “takkan nak duduk tempat mcm ni” tapi dia org tak tahu bagaimana rupanya didalam bilik yang mana diluar buruk tapi didalam kelas gitu! (Sebelum pergi wife memang dah surf dlm internet dan dia memang request dgn tour agent untuk tinggal semalam di sini). Selalunya tour agent hanya bawa jalan2 sahaja disini kerana bagi orang muslim memang tidak ada tempat makan kerana disini tidak ada yang beragama Islam, tetapi semasa kami di Shanghai kami telah buat special request agar ‘tapau’ makanan kami (Roti Naan) untuk bawa ke sini. Jadinya.. mkn malam kami tiada masalah. Maggi pun ada menemani!

Bila dah check in.. masing2 happy je hehe! Memang tempat ni lain dari yang lain dan amat menarik bila diwaktu malam dimana ianya dipenuhi dengan lampu2 yang direka cipta amat menarik apabila kita menikmati suasana diwaktu malam. Fuhhh memang indah sekali. Walaupun hujan rintik2 tapi kami tetap keluar untuk tidak melepaskan peluang menikmati keindahan tempat ini. Bukan nak dtg selalu so kalau setakat nak duk dlm bilik je..rugi la…

Oh ya lupa nak cerita, Whuzen Guest House Water village ini adalah penempatan orang tempatan masa dulu tetapi Pihak Kerajaan China telah membeli dan mengambil kawasan ini khas untuk dijadikan sebagai tourist sport dan Guesthouse sebagai penginapan pelancung. Penduduk asal telah diberi tanah dan dipindahkan dikawasan berhampiran. Kebanyakan pekerja yang mengendalikan rumah ini adalah penduduk asal dan pemilik rumah tersebut. Untuk ke Whuzen Guesthouse ni, kita kena menaiki boat. Perjalanan kurang dari 10 minit je. Luggage kita juga akan dibawa dengan boat tapi tidak bersama penumpang. Semasa di lobby, semua luggage akan dikumpulkan dan diberi tag serta no bilik masing2. Dia org akan hantar luggage kita kemudian. Setelah menaiki boat, kita akan di hantar menaiki buggy pula ke Water Village ini. Cuaca hari ni usah cakap lah.. sejuk sebab hujan tak berhenti sepanjang hari. Tidor malam pun tak payah on aircond..sejuk kemain! Fuhh… memang lena sungguh tidor di sini tambahan badan pun dah penat. Esok kami kena check out awal iaitu pd pukul 7pagi. Sememangnya disini adalah Best place to stay! I Likeee…


























Posing jap..





Tgk kat luar buruk je tapi kat dlm kelasss gitu!




















Sudah sampai di Whuzen guest house. Check In dulu sebelum masuk ke kawasan Whuzen Village. Luggage akan di hantar menaiki boat terlebih dahulu. Kami tiba hari masih hujan dan mana-mana yang tidak ada payung, Tour leader menyarankan mereka membeli baju hujan dgn harga 5 RMB.















Hari ini cuaca hujan sepanjang hari. Dari pagi lagi dah mula hujan. Semasa breakfast ramai juga orang Indonesia dari Medan yang kami temui. Selepas breakfast, kami dibawa lagi untuk last shopping di Shanghai iaitu di Tong Yuan market. Kami sampai terlalu awal dan kedai2 pun masih belum byk yg dibuka. TY Market ini lebih kecil jika dibandingkan dengan tmpt shopping semalam. Tak byk benda yang menarik dan setelah habis shopping, kami pergi meneruskan perjalanan ke tempat herba pula. Seperti biasa mereka akan promote barangan mereka dan kasi urut kaki free. Setelah urut kaki kami pun pergi untuk mengisi perut dan solat sebelum meneruskan perjalanan ke Whuzen.

Tempat Herba






Makan dulu sebelum bertolak ke Whuzen