Pada malam itu, kami ke Batu 4 untuk makan malam. Secara kebetulan pada malam itu ada pasar malam jadi kami pun meninjau ke Pasar Malam untuk membeli apa yang patut.
Berhenti makan di gerai Anak Bapak berhampiran dengan Pasar Malam. Mee Bandung Muar ni sedap!!
Dengan mood raya yang masih ada kami berkesempatan untuk berhariraya di rumah saudara ina. Yang duduk hujung sebelah kanan itu adalah tuan rumah.
Selepas balik dari rumah mereka, kami pun terus check in di Lagend International Waterhomes. Dah tak sabar nak check in sebab teruja dengan tempat yang cantik dan interior design yg menarik. Paling best sbb ada private pool
Check In time at 3.00pm
Lobby at LIWH
Tu dia... 2 double king size. Actually boleh muat 2 family tapi ada charge tambahan