Monday, April 5, 2010

Amsterdam city

Laluan Ke Amsterdam Centraal Hotel berdepan dengan Amsterdam Centraal

Suasana waktu pagi di area amsterdam central. Suhu pada waktu ini adalah diantara 3 - 5C


Restoran milik Indonesian (tak pasti samada halal ke tidak)

Pemandangan waktu malam diambil dari depan amsterdam centraal


Public Toilet
Sebagai pengumpul T-Shirt Hard Rock kena cari dimana juga HRC Shop dan alhamdulillah dapat jumpa dengan mudah.


Tram ini amat convenience. Yang membuatkan kita confuse untuk melintas jalan adalah kerana semua kenderaan boleh menggunakan jalan yang sama. Basikal pula penuh dijalanan dan kita kena berhati2 bila berjalan.


Sunday, April 4, 2010

ZAANSE SCHANS

Berbasikal adalah aktiviti harian mereka. Kebanyakan mereka menggunakan basikal sebagai pengangkutan utama dan beriadah.






Tempat membuat keju



Shopping di kedai soviner
Tempat pembuatan terompah holland


Kasut terompah gergasi









Nyaman dan damai sekali tempat ni

Itik yang sungguh jinak

Sampai juga kami ke Zaanse Schans

ZAANSE SCHAANS DUTCH VILLAGE





Dah mula nampak windmill. Kalau lalu di area ni kita mesti tercium bau masam disebabkan terdapatnya proses pengilangan.
Map zaanse Schans. Kawasannya amat luas dan mengambil masa beberapa jam untuk melawatnya.


Kita akan melalui jalan ini untuk kesana.


Subway ke Zaanse Schaan






Dah sampai di Koog Zaandijk.Sesiapa yang hendak pergi ke Zaanse Schaan kena turun di stesyen Koog Zaandijk. Jalan kaki lebih kurang 10-15 minit untuk sampai ke Zaanse Schaan.


Ini adalah station amsterdam centraal.




Menaiki train dari amsterdam centraal ke Koog zaandijk. Return ticket adalah Euro5.60 seorang


Friday, April 2, 2010

HOTEL THE CROWN AMSTERDAM

Pemandangan dari bilik hotel. Cantik pemandangan kat area ni. Hotel The Crown ni locationnya sungguh strategik. Ianya berhampiran dengan Damrak dan juga Red Light District yang terkenal tu. Harga pun boleh tahan jugak la. Satu malam Euro65 (Bersambung )

Biliknya kecil sungguh. Tengok la betapa kecilnya katil tu. (double decker). Di sini semua hotelnya kecil2 je kecuali 4 or 5 star. Nak naik kat bilik tu punya la seksa nak angkat luggage yg berat sebab tangganya dah la kecil dan curam pulak tu. Nak buat cam ne kan dah kehidupan dia org cam tu. Netherland ni daratannya lebih rendah dari paras air. Dimana2 pun ada canal. Airnya pun bersih je tak mcm sungai di negara kita.

Untuk menjimatkan perbelanjaan dan memudahkan nak makan, rice cooker dan instant brahim ni amat berguna tau



Akhirnya jumpa juga Hotel The Crown. Nasib baik boleh Check In awal so boleh lah kami mandi dan makan sebelum meneruskan perjalanan ke Zaanse Schans (Perkampungan Dutch)




Untuk tidak sesat jalan kena lah rajin bertanya. Ramai jugak orang yang kami tanya tapi kebanyakannya kurang tahu dimana hotel The Crown sbb mungkin org yg kami tanya tu bukan local. Tapi akhirnya kami bertemu juga Hotel tersebut. Rupa-rupanya dekat je dengan Central Station dan kami pun tak sesat sebab arah kami betul jugak berpandukan google map yang telah di bawa.




Akhirnya dapat juga aku menjejakkan kaki ke Amsterdam, Holland. Aku bersyukur dengan rezeki yang tuhan beri. Tidak pernah termimpi satu hari aku dpt menjejakkan kaki ku ke negara Eropah ini.