Kalau kita tengok udang galah ni memang memikat hati. Rasanya sekarang musim udang galah sebab banyak dan semua besar-besar. Memanglah udang galah sentiasa ada tapi kali ini aku tengok udangnya besar gedabak dan banyak. Teringin jugak nak beli tapi bila tengokkan minyak dia yang hitam tu, macam agak kureng la dan terencat sedikit selera... lagipun kita tak tahu dah berapa lama udang tu duk kat situ dan telah di goreng berkali2 kot.. ye la.. takkan boleh habis hari2 kan..
PULUT MANGGA DAN PULUT DURIAN
Pulut Mangga Rabiah ni rasanya sedap dan harga 50 Bhat. Pada waktu malam ramai peniaga yang berniaga di depan Lee Garden Plaza dan kita boleh menikmatinya sampai muntah hahaha...
SALMA RESTAURANT DAN SULAIMAN RESTAURANT
Salma Restaurant harga agak berpatutan dan aku rasa lebih sedap dari Hamid Restaurant. Ini apa yang tekak aku rasa lah.. lain orang lain seleranya.
Sulaiman Rest pula aku makan roti canai dan sop ayam/daging. Ok la boleh tahan jugak. Roti canai dia pun lembut tapi tak silap aku roti canai kosong harga dia 20 Bhat. Aku try makan mertabak pun sedap gak harga 40 Bhat.
HAMID RESTAURANT
Nak cari makanan halal di Hatyai ni bukan menjadi masalah kerana banyak kedai-kedai halal dan juga peniaga kebanyakan orang Islam.
Jom kita tengok dimana tempat makanan halal yang saya sudah masuk. Ini adalah Hamid Restaurant yang agak famous dikalangan Pelancung Malaysia. Bagi aku makan kat sini tak lah sesedap mana pun, biasa je tapi harga memang mahal. Kami makan lunch dengan lauk ikan siakap tiga rasa, sotong kukus asam limau dan kailan ikan masin serta air kelapa dan longan harga dia RM72. Kalau tempat kita tak sampai harga camtu kan!
Setelah sampai di Stesyen Keretapi Hatyai (Hatyai Junction), kami pun turun untuk meneruskan perjalanan untuk mencari Siam Center Hotel. Wife dah book awal melalui booking.com. Harga untuk satu malam 850 Bhat sahaja walaupun bertaraf 3 *. Berhati-hati bila sampai di stesyen kerana ramai ulat-ulat yg akan naik kedalam gerabak dan menawarkan perkhidmatan tut-tut dan juga tour.
Setelah keluar dari Stesyen, kami menghala ke sebelah kiri kerana hotel Siam Center berada di Jalan Niphauthit 2. Dari Stesyen ke Hotel lebih kurang berjalan 450meter sahaja. Location hotel sgt strategik kerana berada di tengah-tengah Pekan dan berhampiran dengan tempat makan dan shopping. Sebenarnya byk hotel yang berhampiran seperti Novotel, Lee Garden Hotel, Asia Hotel, Regency Hotel, Crown Plaza, Pink Guesthouse dan byk lagi. Siam Center dan Asia Hotel amat dekat dengan Kim Yoong Plaza, cuma jalan lebih kurang 200 meter sahaja.
Apabila menaiki keretapi ini, jangan risau kalau takut-takut terbabas kerana operator KTMB akan datang ke tempat penumpang yang akan turun ke destinasinya dan menggerakkan kita 10 minit sebelum keretapi berhenti. Tetapi kalau sudah digerakkan, anda tetap menyambung tidor then sorry la ye alamatnya terlajak lah ke destinasi seterusnya.
Lebih kurang pukul 6.30pagi keretapi akan sampai ke Alor Star dan selepas itu ke Perlis dan Padang Besar. Kami tiba di Padang Besar lebih kurang pukul 7.30pagi. Bagi penumpang yang ingin meneruskan perjalanan ke Hatyai, kita harus turun di Padang Besar untuk cop passpot. Keretapi akan 'tukar kepala' dari kepala Malaysia ke Thailand dan gerabak yang masuk ke Thailand hanya tinggal 2 gerabak sahaja. Lebih kurang 40 penumpang yang ke Hatyai jadi kami semua turun untuk cop paspot dan buat apa yang perlu. Samada hendak makan pagi ( food court - di tingkat atas imigresen), membuat penukaran wang atau ke toilet. Masa diberikan selama lebih kurang 40 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Hatyai. Jika hendak menukar Bhat adalah di nasihatkan menukar wang di Money Changer stesyen keretapi Padang Besar kerana rate agak rendah.
Selepas 40 minit, kami diarahkan pegawai yang bertugas agar menaiki semula ke gerabak dan 10 minit kemudian keretapi bergerak ke Hatyai. Kami tiba di Hatyai lebih kurang 10.20am waktu tempatan.
Kali ini teringin menaiki KTMB ke Hatyai. Walaupun perjalanan menaiki keretapi memakan masa yang panjang tetapi disebabkan keinginan untuk menikmati pengalaman tersebut telah membuatkan kami membuat tempahan tiket KTMB dengan tempat tidur sekali. Katil yang disediakan adalah 2 tingkat dan harga diantara lower dan upper juga berbeza. Disebabkan ini adalah pengalaman pertama, kami telah menempah lower dan upper bed. Adalah dinasihatkan agar menempah lower bed kerana ianya agak selesa dan luas dan agak stabil jika dibandingkan dengan upper bed yang seringkali di lambung dan dibuai semasa dalam perjalanan. Apa yang saya rasakan, perjalanan dari Tapah Road hingga ke Ipoh perjalanannya agak lancar ini dan mungkin ini adalah kerana landasan tersebut baru. KTMB masih dalam perancangan menukar landasan dan juga stationnya.
Keretapi ini berhenti agak lama di Station Ipoh dan Bukit Mertajam. Dengan adanya katil, terlelap juga mata ini walaupun pada mulanya agak sukar untuk memejamkan mata tetapi mungkin kerana penat dapat jugak lah aku tidor sementara sampai ke Padang Besar. Sememangnya ramai orang yang menggunakan perkhidmatan KTMB ini kerana malam itu, semua tempat yg berkatil penuh.
Hari Yang Ke 7 kami di Korea, kami menaiki cruise. Harga cruise adalah 14000 Won seorang termasuk pertunjukan silap mata. Kami tak lihat pun sbb mcm kurang interested. Perjalanan cruise lebih kurang 1 jam. Untuk pemandangan yang cantik adalah lebih baik menaiki cruise waktu malam.
WAktu malam jambatan2 ini di sinari dengan lampu
Booth ticket ini terletak di pinggir sungai Hang
Walaupun language menjadi masalah tetapi orang korea kebanyakannya sungguh ramah tamah. Bahasa itik dengan ayam pun masih boleh faham...
Aktiviti seperti ini memang selalu dilakukan bila hujung minggu. Cuaca pun masih sejuk so boleh la mereka bersantai begini kalau ditempat kita boleh rentung bersantai waktu2 begini (4.00pm)