Thursday, July 5, 2012

DUNEDIN TO QUEENSTOWN - 21/3/2012

Kami singgah di Dunedin cuma 2 hari semalam sahaja dan meneruskan perjalanan kami ke Queenstown.  Disebabkan teringin menaiki scenic train, kami pun menempah tiket menaiki Taeri Gorge Train bermula dari Dunedin ke Pukerangi. Dari Pukerangi ke Queenstown kami menaiki shuttle van (termasuk dalam harga ticket).  Tambang train agak mahal tapi train ini amat unik kerana masih menggunakan arang batu sebagai pembakaran.  Badan train masih kekal dengan bentuk lama iaitu binaan kayu.




Tingkap kayu


Toilet ada disediakan






Berhenti di sebuah station yg bernama "Hindon"





Dalam perjalanan  menaiki  van ke Queenstown, kami menikmati sekali lagi pemandangan yang amat cantik. Bagi sesiapa yang melihat cerita Lord Of The Rings, disini lah tempat pengambaran diambil.  Damai dan tenang sahaja dan seperti biasa biri-biri dan lembu akan menjadi tetamu rumput-rumput yang menghijau subur.  Memang sudah dikenali binatang lebih banyak dibandingkan manusia yang tinggal di bumi kiwi ini.  Layan je pemandangan dalam perjalanan kami kerana gambar akan
menceritakan segalanya…

Stesen keretapi terakhir sebelum kami meneruskan perjalanan ke Queenstown adalah Pukerangi. Kami mengambil luggage didalam gerabak dan seterusnya mengambil shuttle van ke Queenstown.  Ini adalah driver yg membawa kami ke Queenstown.


Sana-sini kita boleh lihat biri-biri meragut rumput. Tengok lah berapa sihatnya biri-biri ni

Kawasan penternakan biri-biri ini di pagar dengan pagar elektrik


Tapak persinggahan Caravan.  Disini memang banyak yang menyewakan Caravan untuk bergerak kemana-mana.  Harga pun berpatutan serta byk kemudahan juga disediakan.  Kalau memandu di sini harus berhati-hati dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Speed trap sentiasa berada dimana-mana dan lagi satu jangan lupa memakai tali pinggan keledar.  Kalau kena saman melayang 200nzd
Suka tengok laman rumah dia orang yang bersih dan cantik.  Laman rumah mereka tidak berpagar kerana amat selamat.


Di NZ ni signboard amat friendly.  Rasanya kalau memandu pun tidak akan sesat kerana disetiap persimpangan akan jumpa signboard menunjuk arah kemana arah tuju kita seterusnya.

 
Mari layan pemandagan dari Alexandra ke Cromwell.





Monday, May 21, 2012

CHRISTCHURCH TO DUNEDIN - 20/3/2012

Punya la best tidor sampai terlajak sbb tersalah set alarm clock. Nasib baik Mr Peter kejutkan pada pukul dan kelam kabut bersiap untuk menaiki shuttle van pada pukul 6.45am.  Tujuan kami pada hari ini adalah ke Dunedin dan tiket bas telah pun kami beli online dengan intercity coaclines.  Harga tiket untuk dua org cuma 10nzd sahaja kerana beli time sales.  Selepas breakfast apa yang sempat, kami pun bertolak dari farmstay pada pukul 6.45 am dan tiba di Intercity bus stop pada pukul 7.25am.  Alhamdulillah tepat pada pukul bas pun mula bertolak ke Dunedin.  Disebabkan kejadian gempa bumi tempoh hari, banyak bangunan yang telah retak dan tidak selamat digunakan.  Oleh itu, bus stop untuk Intercity juga telah dipindahkan buat sementra waktu ke tempat lain. Sebelum menaiki bas, kita kena check tempahan tiket yang telah dibuat melalui online ke office sementra mereka dan setelah disahkan kita akan diberi tag untuk setiap luggage.

Sepanjang perjalanan nanti kami akan berhenti dibeberapa buah tempat termasuklah Timaru dan Oamaru.  Seperti biasa, sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan yang amat indah. Tepat pada pukul kami pun sampai di st Andrew dan St ini berhampiran dengan Cadbury Factory dan juga tempat penginapan kami iaitu Leviathan Hotel.

Railway St Dunedin. Walking distance to Cadbury factory and Leviathan Hotel




Jalan- Jalan di Dunedin

Sementara ada masa, Kami pun mengheret luggage terus pergi ke Cadbury Factory.  Jangan risau ye, kita boleh simpan luggage di dalam locker yang disediakan. Di Kilang ini selain dari melawat ada banyak chocholate di jual dan sudah tentunya jenama CADBURY.  Untuk tour selama lebih kurang 1 Jam 15 minit, entrance fee adalah 20nzd tapi kalau print discount voucher dapat disc lagi 10% jadi harga untuk seorang adalah 18nzd.  Semasa tour didalam kilang, tour guide akan menjelaskan tentang sejarah kilang dan juga cara pembuatan dan jika kata dpt menjawab soalan2 yang dikemukakan, kita akan diberi hadiah chocholate.  Rupa2nya plastic yang dia beri sebelum kita masuk ke kawasan kilang tersebut adalah untuk menyimpan choc yang akan diberinya. Enjoy juga la semasa berada didalam kilang ini. Bau choc yang harum memang menarik terutama masa tu perut dan keroncong kerana kelaparan.


Dunedin City dikenali sebagai little Scotland kerana bangunannya masih dikekalkan dengan bentuk lama dan menyerupai bangunan2 di Scotland





Thursday, May 10, 2012

Pete's Farmstay - 19/3/2012

Cuaca pada hari ini hujan dan temperature lebih kurang 14C.  Tepat pukul 8.00am datang lah seorang perempuan menyapa isteriku dan dia memperkenalkan dirinya sebagai driver Shuttle Airport Van yang akan membawa kami ke Pete’s Farm.  Perjalanan ke Farm Stay lebih kurang 40 minit dan dalam perjalanan kami meminta agar dia dapat berhenti dimana2 supermaket kerana kami ingin membeli makanan untuk dimakan pada waktu lunch dan dinner nanti.  Kami menyewa cottage makanya ada dapur untuk memasak.  Bagi aku dan isteri cukup lah membeli ikan salmon, buah2an dan sayur2an.  Sememangnya nikmat makan buah2an dan sayur2an kerana rasanya manis dan fresh sekali.  Ikan salmon juga paling best di sini.  Tetapi kena ingat jgn convert duit mereka kepada duit kita kerana sudah semestinya agak mahal hehe.  Ikan Salmon 4 potong kecil je kami beli dgn harga nzd10.90.





Setelah membeli belah di Countdown supermarket kami pun meneruskan semula perjalanan ke Farmstay.  Perjalanan dari Christchurch ke Rangiora lebih kurang 40 minit dan bila sampai disana kami disambut ramah oleh Peter dan Gaye (Pasangan suami isteri ini memiliki tanah yang luas untuk pertanian dan penternakan dan dalam masa yang sama membina sebuah cottage dan juga beberapa bilik yang disewakan kepada pelancung.  Sungguh nyaman dan tenang sekali semasa berada disini.






Damai dan nyamannya......






Bilik yang disediakan di farmstay. Sungguh selesa sekali ditambah dengan udara yang nyaman dan pemandangan yang menarik







Thursday, April 26, 2012

KEMBARA KE BUMI KIWI - 18/3 - 26/3/2012

Sudah lama benar tak update blog ni, ini disebabkan agak sibuk dan penyakit 'M' yang melanda.  Dah lebih sebulan balik dari New Zealand dan rasanya ari ni rajin sikit untuk membuka memori indah semasa berada disana. Sememangya New Zealand sebuah negara yang masih mengekalkan keindahan semulajadinya dan tidak seperti tempat kita yang mana hampir semua gunung telah gondol.  Pemandangan disana teramatlah cantik dan sukar digambarkan kecuali melihat dengan mata sendiri. Alhamdulillah Syukur aku diberi kesempatan dan rezeki untuk melihatnya secara live.

Pada pukul 8.40am bermula lah penerbangan AAX ke Christchurch New Zealand. Cuak jugak nak kesana memandangkan gempa yang sentiasa ada di Christchurch tetapi tawakal je la kan, kalau terlalu risau  tentunya kita tidak akan sampai kemana2 pun.

Perjalanan pada hari itu kurang lancar kerana turbulance tetapi alhamdulillah selamat mendarat mengikut waktu iaitu lebih kurang pukul 12.40am waktu tempatan. Untuk makluman, waktu di NZ awal 5 jam dari kita. Setelah menjalani pemeriksaan Imigresen dan Kastam terpaksa lah lepak menunggu hari siang untuk ke Farmstay Pete's Farm di Riangora, Christchurch.  Shuttle Van akan datang pickup kami pada pukul 8.00pagi.  Oh ya.. semasa pemeriksaan Imigresen ikut nasib jugak lah, kadang2 pegawai imigresen akan bertanya banyak soalan dengan kita dan sebaik2nya prepare lah dulu itinerary dan return ticket kerana kalau dia telah lihat dokumen yang lengkap maka tidak banyak lah songeh dia org ni melepaskan kita masuk ke negara mereka.  Mereka amat strict dlm perkara2 begini dan jika ada bawa makanan makanya masuk ke line 'declare' .  Saya nasihatkan agar hanya membawa makanan kering dan siap di pack baik2.  Kalau kita bawa sambal tumis ke atau makanan yang berbau ianya akan menyusahkan kita kerana byk soal selidik nanti.  Lagipun kalau bawa sambal tumis, anjing yang bekerja disitu akan terbau dan sudah tentu beg kita kena selongkar dan byk soal jawab.  Untuk memudahkan, list out all your food dan tunjukkan pada mereka.  Kami ada juga membawa makanan seperti roti, tuna tin, maggie dan beans sebagai backup makanan jika susah nak dptkan makanan halal.  Jangan risau ye, disana mudah je dptkan makanan yg kita boleh makan seperti buah2an, sayur2an dan ikan. Malah ayam pun ada yg halal. 

Di Airport ni ramai je orang yang seperti kami iaitu berihat sebentar sementara menunggu pagi.  Bila pukul 6 pagi, maka kita  tidak lagi dibenarkan tidor diatas kerusi atau diatas lantai kerana ada je pekerja Airport yang akan menggerakkan kita dan tidak membenarkan kita tidor diatas kerusi atau lantai kerana katanya akan ada penerbangan yang sampai dan mereka tidak mahu melihat keadaan yang agak kurang menyenangkan.. maklumlah bersepah manusia tidor disana sini hehe.. Kena jaga kualiti dan standard airport jugak. Dia dah benarkan kita rihat disana pun dah cukup baik


Ini adalah matawang NZ yang akan digunakan disana.  Semasa saya kesana pertukaran wang adalah 1nzd = RM2.56. 




Monday, February 13, 2012

Surabaya-Batu-Malang (5-8/2/2012)

Percutian Kali ini ke Surabaya Jawa Timur.  Dengan menaiki pesawat AK 1392, kami diterbangkan ke Surabaya pada pukul 7.30am dan tiba di sana jam 10.00 pagi. (Jam Indonesia lewat satu jam dari M'sia).  Setibanya kami disana kami telah di tunggu oleh Pak Wong dan Pak Ji (Driver yang akan menjadi supir kami selama 4 hari 3 mlm di sana.  Dekat sana je boleh pakai Supir, kat sini tak mampu hehe.  Setelah semua urusan imigresen selesai, kami pun dibawa untuk melawat Mesjid Agung Surabaya.  Besar juga kawasan Mesjid ini dan dipersekitaran mesjid ini ramai peniaga yang menjual barangan dan makanan tempatan.



Setelah melawat disini kami pun dibawa ke Primarasa Restaurant untuk makan tengahari.  Senario di Restaurant ini berkonsepkan buluh dan nyaman sekali.  Menu kami untuk lunch adalah, Nela Pesmol Asam manis(Kalau di malaysia kita panggil Ikan Tilapia), Ikan Bandeng Pepes, Lalapan (Ulam-ulaman) dan Sambal Belacan.  Airnya adalah Alpokat dan juga Mocca Blended. Agak murah jugak makan disini.  Harga keseluruhan adalah Rupiah120,000 (RM42). 


Ramai Artis Indonesia yang datang makan disini, diantaranya adalah Inul, Dewi Sandra, Dewi Yull, Dessy dan ramai lagi



Gambar diatas kurang memuaskan sbb ambil dengan HP je.

Selepas makan, kami singgah di sebuah penempatan yang terkena Banjir Lumpur (Kalau tak silap tahun 2006).  Sehingga sekarang masih keluar lagi gas dan lumpur dari perut bumi. Ngeri bila tengok.  Kita bersyukurlah tidak ditimpa musibah yang sebegini rupa. Mangsa banjir lumpur ini sekarang telah menjadikan tapak ini sebagai satu mata pencarian mereka. Kalau nak naik keatas benteng untuk melihat tapak tersebut dikenakan bayaran Rupiah20,000 termasuk parking kereta.  Tangga yang disediakan juga agak ngeri. Hanya menggunakan kayu dan buluh sahaja.


Ini adalah rumah dan kedai-kedai yang telah musnah. Dahulunya, jalan ini tidak lah macet tetapi disebabkan kemusnahan tersebut , mengikut kata Pak Supir kekadang itu, hanya untuk laluan satu kilometer boleh jammed sehingga 3 atau 4 jam. Laluan ini amat penting untuk menghubungkan ke tempat2 yang lain termasuklah laluan ke Batu Malang, yang mana jalan ini perlu kami lalui untuk kesana.  Destinasi seterusnya adalah ke Batu Malang.  Jika tidak jammed ia mengambil masa lebih kurang 2 1/2 hingga 3 jam untuk tiba.

Alhamdulillah, oleh kerana hari ini adalah hari ahad, makanya perjalanan agak lancar walaupun jammed sedikit.  Kami tiba di Batu lebih kurang pukul 5.00 ptg dan terus Check In di Pohon Inn (sebuah Hotel yang berkonsepkan pohon raksasa).  Amat unik dan persekitarannya amat menarik dengan adanya Theme Park, Museum dan Zoo untuk dilawati
Apabila masuk sahaja ke Kamarnya..wow!! menarik sekali dengan warna tema putih/hijau dan tema satwa. Ada balkoni untuk melihat bandar Batu. Menarik sungguh! Harga bilik untuk satu malam adalah Rupiah 425,000

Setelah mandi2 dan menunaikan solat, kami keluar untuk melihat sambil bergambar....