Friday, November 6, 2009

Pasar Baru Bandung

LANTAI 6 - FOODCOURT READY MADE BATIK

KAIN BATIK DAN PELIKAT



KAIN SULAM


SEKITAR KAWASAN PASAR BARU

BEG SHOPPING YANG DISANDANG BUDAK TU DPT BELI DGN HARGA 20K Rph


PELBAGAI MACAM KUIH MUIH YANG DIJUAL

LIHATLAH BERAPA SESAKNYA DI LUAR PASAR BARU

Pintu Utama masuk ke Pasar Baru



Hari ini kami ke Pasar Baru. Disini adalah tempat membeli belah barangan kaum hawa. Banyak jugak la wife membeli japanese cotton dan batik silk. Dia kata kat sini murah dibandingkan di m'sia. Aku hanya membeli kain pelikat je. Telekung juga byk kat sini. Kita orang singgah di Toko Laris untuk membeli telekong. Tak lupa juga membeli bedsheet yang murah. Kainnya agak berkualiti dan harga pula murah. Wife beli 3 set.

Bedsheet


KAIN COTTON JEPUN

Batik Silk


Didalam pasar baru, jika dah tekak dah haus tawar menawar dan perut dah lapar...jgn risau, byk penjual makanan yg lalu lalang menawarkan perkhidmatan (bukan free tapi kena bayar hehe)


Toko Laris - tempat menjual telekong.




Tengahari pula kami pekena ikan bakar Pakcimet. Kalau nak kira makan kat sini kira mahal jika dibandingkan kita org mkn di Simpang Raya dan Dapur Sangkuriang. Aku dan wife makan ikan bakar 2 set, Alpokat ,Sirsak dan kelapa muda, dia charge - Rph 140 K (RM51.00). Tak kisah la, janji sedap cuma ikan bakarnya agak manis. Lepas makan, kami sambung lagi shopping. Sebelum supir ambil kami pukul 3pm, aku sempat lagi singgah di Villa Perfume collector. Beli 6 botol perfume (each 35ml). Harga diantara Rph35K - 42K sebotol.



Tempat Refill Perfume


Cewek dan Cowok yang membancuh perfume



Bandung - 18/10/2009

Kami makan malam di Restoran Sari Pawon (Dapur Sangkuriang). Makanan sunda kat sini memang best. Mlm tu saya order nasi timbel. Sambal belacannya memang best sebab pedas!







Selepas maghrib, kami ke Factory Outlet Jalan Dago. Hanya beberapa buah FO saja yang dapat kami singgah sbb pukul 9 semua FO Ditutup.






Penginapan di Bandung adalah di Progo Hotel. Hotel ini berdekatan dengan FO Jalan Riau dan jika ke Bandung saya akan menginap disini lagi kerana locationnya yang memudahkan untuk shopping.




Factory Outlet - Toko 3

Setelah makan, FO yang pertama kami tujui adalah Toko Tiga. Disini byk di jual jeans dan mengikut kata Pak Supir, disini jeans yang dijual adalah original. Apa lagi..jom shopping!

Memilih baju T-Shirt Polo. Dapat beli 3 helai.


Dalam Toko 3


Hasil nya.....


Dari Jakarta ke Bandung

Lunch kat Simpang Raya


Area Cibaduyut. Dekat Sini aku dan wife tempah baju jaket kulit kambing murah giler. Harga untuk 2 adalah Rph1,200,000 (RM440). Puas hati tempah!

Hari Minggu ramai yang bersantai sambil berbasikal di Jakarta


Jakarta dan Bandung

Pukul 7.30pagi kami breakfast dulu di hotel. Setelah semua pembayaran hotel telah dibuat, kami pun mula bergerak ke Jakarta City dan seterusnya ke Bandung.

Ini adalah pak agus yg akan menjadi supir/guide kami di Jakarta/Bandung. Orangnya bagus dan mudah mesra.
Dalam area pasar wisata monas










Masih di Jakarta

Setelah penat di Tanah Abang, kami ke Sanno Hotel yang terletak agak jauh dari city centre. Rate hotel untuk satu malam – Rph 360K. Malamnya kami hanya sempat ke Sogo sahaja dan di sana sempat jugak aku mencari T Shirt Polo Collection ku bernombor 5. Harga agak murah dari sini. Aku dapat beli sehelai dengan harga Rph 247K (RM89.90) iaitu setelah diskaun 20%. Kami makan malam di food court sahaja. Kami tidak punya banyak masa di Jakarta. Puncanya kami ke Jakarta adalah kerana teringin nak naik keretapi dari Jakarta ke Bandung kerana ingin menikmati pemandangan dan juga thrill naik keretapi yang landasannya berada dilereng2 bukit. Oleh kerana musim gempa, kami tukar haluan dengan menaiki Van sahaja. Takut juga jika gempa berulang, tergilincir pulak keretapi..isshhhh jgn harus disebut..nauzubillah! Harap2 sekarang ini tiada lagi bencana menimpa dan semua org dpt pergi ke sana dengan aman dan selamat. Hari esok kami akan ke Bandung.

Penjual kerak telur (Agak unik makanan ni tapi tak berani nak cuba)
Sogo sales

Food Court dlm Sogo
Nasi Timbel dan Soto dan Jus Strawberry dan Milo


Bilik di Sanno Hotel Jakarta