Thursday, July 5, 2012

SKYLINE QUEENSTOWN/HAKA SHOW

Setelah tiba di Queenstown lebih kurang pada pukul 5pm, kami pun check in di X Base Backpackers.  Kami book Double Room Ensuite dan satu malam harganya NZD138.  Kami akan berada di Queenstown selama 4H 3M.  Setelah berihat sebentar dan menunaikan apa yang wajib, kami pun turun untuk ke SkyLine menaiki Gondola.  Harga Tiket termasuk melihat Haka Show adalah NZD59 seorang.  Dah sampai sini kalau tak lihat Haka Show macam tak sah la pulakkan.

Ini la tempat penginapan kami X Base - Lokasi amat strategik



Seberang jalan je dah boleh jumpa 24hrs supermarket jadi tak yah bimbang kalau tengah malam kelaparan boleh je masuk sini cari apa yg patut boleh dimakan


Lepas bangunan tu dah boleh jumpa 'Kathmandu' tempat shopping ye bukan negara Nepal hehe.  Disini banyak dijual baju dan peralatan sukan.  Bagi yg selalu panjat gunung atau main basikal mmg byk brg yang boleh dibeli disini.  Di Australia dan New Zealand memang jenama ni amat famous.  Masa kami berada disini, secara kebetulan dia org buat sales, jadi apa lagi beli la brg yg berkenan dihati.


Di sini kemain banyak kedai souvenir cuma nak rajin jalan dulu survey harga sebelum membeli.  Sepanjang yang aku survey kedai DF shop adalah tempat yang paling murah dan sesiapa yang nak ke NZ, saya recommend DF Shop Souvenir.  Oppss...tadi cerita nak gi naik Gondola kan tiba2 ter excited pula nak cerita shopping.. Tak pe kan..selingan sebelum naik gondola



Ini adalah jalan ke Gondola Skyline.  Kena mendaki la juga

Ok dah sampai pun..jom beli tiket dulu, kalau tak macam mana nak naik





Ok..dah beli tiket jom kita naik gondola. Gondola ni tidak lah setinggi Langkawi ye tapi pemandangan untuk melihat Lake Wakatipu dari level tinggi memang la Superb! Berbaloi-baloi!






Sesiapa nak buat bungy jump pun boleh..ada berani??


Sesiapa yang nak try luge ride kena naik benda alah ni dulu


HAKA SHOW ( DAH TERMASUK DALAM TIKET GONDOLA)

Ini lah Haka Show yang dipersembahkan oleh orang Maori (org asli New Zealand).







Ada sesiapa boleh buat lidah macam tu????


DUNEDIN TO QUEENSTOWN - 21/3/2012

Kami singgah di Dunedin cuma 2 hari semalam sahaja dan meneruskan perjalanan kami ke Queenstown.  Disebabkan teringin menaiki scenic train, kami pun menempah tiket menaiki Taeri Gorge Train bermula dari Dunedin ke Pukerangi. Dari Pukerangi ke Queenstown kami menaiki shuttle van (termasuk dalam harga ticket).  Tambang train agak mahal tapi train ini amat unik kerana masih menggunakan arang batu sebagai pembakaran.  Badan train masih kekal dengan bentuk lama iaitu binaan kayu.




Tingkap kayu


Toilet ada disediakan






Berhenti di sebuah station yg bernama "Hindon"





Dalam perjalanan  menaiki  van ke Queenstown, kami menikmati sekali lagi pemandangan yang amat cantik. Bagi sesiapa yang melihat cerita Lord Of The Rings, disini lah tempat pengambaran diambil.  Damai dan tenang sahaja dan seperti biasa biri-biri dan lembu akan menjadi tetamu rumput-rumput yang menghijau subur.  Memang sudah dikenali binatang lebih banyak dibandingkan manusia yang tinggal di bumi kiwi ini.  Layan je pemandangan dalam perjalanan kami kerana gambar akan
menceritakan segalanya…

Stesen keretapi terakhir sebelum kami meneruskan perjalanan ke Queenstown adalah Pukerangi. Kami mengambil luggage didalam gerabak dan seterusnya mengambil shuttle van ke Queenstown.  Ini adalah driver yg membawa kami ke Queenstown.


Sana-sini kita boleh lihat biri-biri meragut rumput. Tengok lah berapa sihatnya biri-biri ni

Kawasan penternakan biri-biri ini di pagar dengan pagar elektrik


Tapak persinggahan Caravan.  Disini memang banyak yang menyewakan Caravan untuk bergerak kemana-mana.  Harga pun berpatutan serta byk kemudahan juga disediakan.  Kalau memandu di sini harus berhati-hati dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Speed trap sentiasa berada dimana-mana dan lagi satu jangan lupa memakai tali pinggan keledar.  Kalau kena saman melayang 200nzd
Suka tengok laman rumah dia orang yang bersih dan cantik.  Laman rumah mereka tidak berpagar kerana amat selamat.


Di NZ ni signboard amat friendly.  Rasanya kalau memandu pun tidak akan sesat kerana disetiap persimpangan akan jumpa signboard menunjuk arah kemana arah tuju kita seterusnya.

 
Mari layan pemandagan dari Alexandra ke Cromwell.





Monday, May 21, 2012

CHRISTCHURCH TO DUNEDIN - 20/3/2012

Punya la best tidor sampai terlajak sbb tersalah set alarm clock. Nasib baik Mr Peter kejutkan pada pukul dan kelam kabut bersiap untuk menaiki shuttle van pada pukul 6.45am.  Tujuan kami pada hari ini adalah ke Dunedin dan tiket bas telah pun kami beli online dengan intercity coaclines.  Harga tiket untuk dua org cuma 10nzd sahaja kerana beli time sales.  Selepas breakfast apa yang sempat, kami pun bertolak dari farmstay pada pukul 6.45 am dan tiba di Intercity bus stop pada pukul 7.25am.  Alhamdulillah tepat pada pukul bas pun mula bertolak ke Dunedin.  Disebabkan kejadian gempa bumi tempoh hari, banyak bangunan yang telah retak dan tidak selamat digunakan.  Oleh itu, bus stop untuk Intercity juga telah dipindahkan buat sementra waktu ke tempat lain. Sebelum menaiki bas, kita kena check tempahan tiket yang telah dibuat melalui online ke office sementra mereka dan setelah disahkan kita akan diberi tag untuk setiap luggage.

Sepanjang perjalanan nanti kami akan berhenti dibeberapa buah tempat termasuklah Timaru dan Oamaru.  Seperti biasa, sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan yang amat indah. Tepat pada pukul kami pun sampai di st Andrew dan St ini berhampiran dengan Cadbury Factory dan juga tempat penginapan kami iaitu Leviathan Hotel.

Railway St Dunedin. Walking distance to Cadbury factory and Leviathan Hotel




Jalan- Jalan di Dunedin

Sementara ada masa, Kami pun mengheret luggage terus pergi ke Cadbury Factory.  Jangan risau ye, kita boleh simpan luggage di dalam locker yang disediakan. Di Kilang ini selain dari melawat ada banyak chocholate di jual dan sudah tentunya jenama CADBURY.  Untuk tour selama lebih kurang 1 Jam 15 minit, entrance fee adalah 20nzd tapi kalau print discount voucher dapat disc lagi 10% jadi harga untuk seorang adalah 18nzd.  Semasa tour didalam kilang, tour guide akan menjelaskan tentang sejarah kilang dan juga cara pembuatan dan jika kata dpt menjawab soalan2 yang dikemukakan, kita akan diberi hadiah chocholate.  Rupa2nya plastic yang dia beri sebelum kita masuk ke kawasan kilang tersebut adalah untuk menyimpan choc yang akan diberinya. Enjoy juga la semasa berada didalam kilang ini. Bau choc yang harum memang menarik terutama masa tu perut dan keroncong kerana kelaparan.


Dunedin City dikenali sebagai little Scotland kerana bangunannya masih dikekalkan dengan bentuk lama dan menyerupai bangunan2 di Scotland