Selepas punting, kami pun mula bergerak untuk ke Antartic Centre. Dari tempat ni kami harus segera ke untuk menaiki shuttle bas yang telah disediakan (termasuk dalam tiket). Jaraknya lebih kurang setengah jam, IAC ni terletak berhampiran dengan Christchurch Airport.
Ini lah bas yang dimaksudkan. Bas ini akan bergerak setiap 1/2 jam dari Christchurch dan begitu juga dari IAC, jadi pandai-pandailah kita budgetkan masa.
Aksi Penguin hahaha..
Apa yang boleh kita tengok dalam IAC
Lets go to Antartic dear!
Sampai juga akhirnya...
Waaahhh... bestnya salji dan turun!!
Penguin memang byk terdapat di Antartic
Sejuknya dalam gua ais ni
Macam iya iya je dah sampai antartic kan..berangan je la..takkan sampai pun. Apa pun begitulah gambaran jika kita berada di Antartica. Suhunya yang teramat sejuk memang susah untuk kita tahan. Memerlukan ketahanan dari segi fizikal dan mental. Ok jom kita keluar pula dan cuba kenderaan yang digunakan di Antartik. Kita boleh menaiki kenderaan ini tanpa had, tapi bila kita naik, menjerit jugak lah duduk didalamnya sebab dia akan bawa kita menaiki dan menurun bukit serta meredah air. Seronok juga bila dapat merasai simulasi berada di Antartic. Sesiapa yang datang ke New Zealand, jangan lupa untuk datang dan merasainya sendiri pengalaman ini
Lebihkurang pada pukul 3pm kami pun mula bergerak semula ke Christchurch. Ini adalah hari terakhir kami berada di Bumi Kiwi jadinya masa kami amat terhad. Sebaik keluar sahaja, bas sudah ada menunggu dan kami teruskan perjalanan ke Christchurch
No comments:
Post a Comment