Tuesday, July 17, 2012

QUEENSTOWN - MT COOK - CHRISTCHURCH - 24/3/2012

Pagi-pagi lagi kami telah bangun untuk bersiap check out dan bertolak ke Mt Cook dan Christchurch.  Bas kami adalah pada pukul 7.30am.  Tempat perhentian bas dari X Base hanya lebih kurang 300 m sahaja.  Pada hari ini cuaca baik tetapi malangnya di pertengahan jalan ke Mt Cook, tiba-tiba cuaca berubah seperti mahu hujan.  Harapan untuk melihat pemandangan Mt Cook tidak tercapai kerana cuaca telah berubah dari terang menjadi gelap.  Lihatlah pemandangan sepanjang perjalanan ke Mt Cook.








Lake Pukaki dan Lake Tekapo dua tasik yang warna airnya berbeza.  Di tasik ini banyak terdapat ikan trout dan Salmon



Lake Tekapo








Kami berhenti di Galeri Sir Edmund Hilary untuk melihat peralatan memanjat gunung dan bermacam-macam info boleh kita dapatkan disini.  Bagi yang meminati aktiviti lasak, disinilah tempatnya untuk mendaki Mt Cook dan menikmati keindahan puncak gunung Mt Cook yang senantiasa di litupi ais.






Saturday, July 7, 2012

Arrowtown Pekan Koboi - 23/3/2012

Hari ini cuaca sungguh cantik.  Kami membeli tiket untuk menaiki Bas antik ke Arrowtown.  Harga tiket untuk 1/2 day  tour adalah NZD48 seorang.  Kenapa aku kata Arrowtown ni Pekan Koboi kerana apabila anda menjejakkan kaki ke Pekan ini secara automatik terasa yang kita berada di Zaman Koboi sebab mereka masih mengekalkan lagi bangunan-bangunan lama ala Koboi. Aku suka Arrowtown ni. Jom layan pemandangan yang tidak tergambarkan dengan kata-kata..

Bas ini di import dari London dan berumur lebih 50 tahun. Bukan sahaja bas nya antik, driver pun antik jugak rasanya berumur mencecah 80 tahun tapi masih steady lagi


Pemandangan Pekan Queenstown dari dalam Bas. Kecik je Queenstown ni..






Ok dah tengok pekan Queenstown jom kita teruskan perjalanan ke Lake Hayes..sebuat tasek yang amat cantik!!!







Jom singgah ke A.J HACKETT  BUNGY BRIDGE.  Sesiapa yang  berminat nak buat bungy jump boleh mencuba disini.  Kawarau River ni air dia sangat jernih dan warnanya juga cantik.


Bagi suka aktiviti lasak dan ingin mencuba shotover jet, di sinilah tempat permulaannya.

Ini lah Pekan Arrowtown. Bangunannya masih dikekalkan dengan bangunan lama dan binaan kayu.





Sempat lagi kami membeli poskad dan hantar untuk diri sendiri sebagai kenangan.  Harga stem ke Malaysia adalah NZD1.30. Bangunan belakang itu adalah Post Office

Di sini byk dijual barangan antik, lihatlah van bentuk lama ini.. menarik kan. Aku ada membeli barangan antik ni sebagai kenangan dan harganya berpatutan juga


 
Musim semasa kami berada di sana adalah musim luruh (autumn) makanya byk lah daun-daun yang berguguran



Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar yg menarik semasa berada di Arrowtown ini tapi apabila kekadang masalah line yg terlalu slow untuk upload menyebabkan penyakit 'm' mula datang dan ini sahaja yang dapat dipaparkan. Insyallah kalau rajin nanti boleh upload lagi gambar2 di Arrowtown ni untuk kita berkongsi sama disamping menjamu mata.

Selepas itu kami dibawa ke Gibbston Valley Wines. Ini adalah anggur yg ditanam diperkarangan luar kedai.


Yang ini tak pasti pula buah apa

Friday, July 6, 2012

QUEENSTOWN-TE ANAU - MILFORD SOUND - 22/3/2012

Itinerary hari ini adalah ke Milford Sound.  Saya telah beli tiket online dengan nakedbus dan dapat harga promotion 119nzd seorang.  Kalau harga biasa range dari 135-150nzd seorang. Dapat lah jugak jimat beli online ni.  Kalau dah sampai disana pun byk tempat yang menjual package ke mana-mana destinasi yang kita hendak pergi.  Lebih kurang pukul 7.20am bas pun datang dan kami bertolak ke Milford Sound. Perjalanan lebih kurang 3 jam tetapi kami akan berhenti dibeberapa buah tempat untuk breakfast dan juga ke toilet.

Bas yang kami naiki ke Milford Sound


Pemandangan sepanjang perjalanan. Gambar kurang memuaskan sebab diambil didalam bas (malas nak edit hahaha)



Disini kalau drive pun selamat je sbb tak byk kereta.  Kalau sewa campervan ni best dan banyak jimatnya







Berihat sebentar pekena Hot Choc - 1 cup 5.70NZD

Teruskan lagi perjalanan..





Dalam perjalanan dari Queenstown ke Milford, banyak tempat menarik yang boleh dilawati, salah satu adalah Mirror Lake





Selepas Mirror Lake, kita sambung lagi perjalanan. Tak ingat apa nama tempat ini tapi diatas gunung tersebut kita dapat lihat ianya dilitupi glacier.


Glacier tersebut akan cair dan jatuh kekaki gunung


Akhirnya jatuh seperti air terjun yang cantik ini.  Lihatlah warna airnya yang cantik dan jernih.  Air ini boleh diminum terus tanpa perlu dirawat


Akhirnya sampai di Homer Tunnel.  Tunnel ini menyambungkan Te-Anau ke Milford Sound. 


The Homer Tunnel is a road tunnel in the Fiordland region of the South Island of New Zealand, opened in 1954. New Zealand State Highway 94 passes through the tunnel, linking Milford Sound to Te Anau and Queenstown, by piercing the Main Divide at the Homer Saddle.[1] It connects between the valley of the Eglinton and Hollyford Rivers to the east and that of the Cleddau to the west.
The tunnel is straight and was originally single-lane and gravel-surfaced. The tunnel walls remain unlined granite. The east portal end is at 945 m elevation; the tunnel runs 1270 m at approximately a 1:10 gradient down to the western portal.[2] Until it was sealed and enlarged it was the longest gravel-surfaced tunnel in the world

Selepas merentasi Homer Tunnel, bermakna Milford Sound sudah hampir


Kia Ora Piopiotahi (Dalam Bahasa Maori) - Welcome to Milford Sound


Milford Sound (Piopiotahi in Māori) is a fjord in the south west of New Zealand's South Island, within Fiordland National Park, Piopiotahi (Milford Sound) Marine Reserve, and the Te Wahipounamu World Heritage site. It has been judged the world's top travel destination in an international survey (the 2008 Travelers' Choice Destinations Awards by TripAdvisor)[1][2] and is acclaimed as New Zealand's most famous tourist destination.[3] Rudyard Kipling had previously called it the eighth Wonder of the World.[4]


Kami akan menaiki bot lebih kurang pukul 2.30pm dan seterusnya menikmati keindahan Milford Sound.







Relax je singa laut ni bersantai


Tamat perjalanan satu hari ke Milford Sound. Kami bertolak dari Milford Sound lebih kurang pukul 4.30pm dan dijangka akan sampai ke Queenstown pukul 7.30pm. Esok kami akan jalan-jalan ke Arrowtown pekan koboi