Saturday, July 7, 2012

Arrowtown Pekan Koboi - 23/3/2012

Hari ini cuaca sungguh cantik.  Kami membeli tiket untuk menaiki Bas antik ke Arrowtown.  Harga tiket untuk 1/2 day  tour adalah NZD48 seorang.  Kenapa aku kata Arrowtown ni Pekan Koboi kerana apabila anda menjejakkan kaki ke Pekan ini secara automatik terasa yang kita berada di Zaman Koboi sebab mereka masih mengekalkan lagi bangunan-bangunan lama ala Koboi. Aku suka Arrowtown ni. Jom layan pemandangan yang tidak tergambarkan dengan kata-kata..

Bas ini di import dari London dan berumur lebih 50 tahun. Bukan sahaja bas nya antik, driver pun antik jugak rasanya berumur mencecah 80 tahun tapi masih steady lagi


Pemandangan Pekan Queenstown dari dalam Bas. Kecik je Queenstown ni..






Ok dah tengok pekan Queenstown jom kita teruskan perjalanan ke Lake Hayes..sebuat tasek yang amat cantik!!!







Jom singgah ke A.J HACKETT  BUNGY BRIDGE.  Sesiapa yang  berminat nak buat bungy jump boleh mencuba disini.  Kawarau River ni air dia sangat jernih dan warnanya juga cantik.


Bagi suka aktiviti lasak dan ingin mencuba shotover jet, di sinilah tempat permulaannya.

Ini lah Pekan Arrowtown. Bangunannya masih dikekalkan dengan bangunan lama dan binaan kayu.





Sempat lagi kami membeli poskad dan hantar untuk diri sendiri sebagai kenangan.  Harga stem ke Malaysia adalah NZD1.30. Bangunan belakang itu adalah Post Office

Di sini byk dijual barangan antik, lihatlah van bentuk lama ini.. menarik kan. Aku ada membeli barangan antik ni sebagai kenangan dan harganya berpatutan juga


 
Musim semasa kami berada di sana adalah musim luruh (autumn) makanya byk lah daun-daun yang berguguran



Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar yg menarik semasa berada di Arrowtown ini tapi apabila kekadang masalah line yg terlalu slow untuk upload menyebabkan penyakit 'm' mula datang dan ini sahaja yang dapat dipaparkan. Insyallah kalau rajin nanti boleh upload lagi gambar2 di Arrowtown ni untuk kita berkongsi sama disamping menjamu mata.

Selepas itu kami dibawa ke Gibbston Valley Wines. Ini adalah anggur yg ditanam diperkarangan luar kedai.


Yang ini tak pasti pula buah apa

No comments:

Post a Comment