Friday, December 16, 2011

WEST LAKE HANGZHOU - 25/10/2011

Nak menghabiskan cerita di Shanghai ni begitu la lamanya. Ok sambung semula cerita terakhir di bumi China.

Kami akan meneruskan perjalanan ke Hangzhou. Ini adalah hari terakhir kami di bumi China ini. Setelah 1 ½ jam kami pun sampai di West Lake, Hangzhou. Kami menaiki boat untuk menikmati keindahan tasik yang begitu luas itu. Cuaca hari ni semakin sejuk apabila angin tasik bertiup kearah kami. Disini kami menggunakan khidmat tour lain pulak iaitu seorang perempuan tapi tak ingat nama.





Setelah pusing2 sekitar tasik, kami dibawa pula ke Ladang Tea. Di sini terdapat Lonjing tea yang famous. Ramai orang di sini yang mengamalkan minum lonjing tea kerana ianya amat baik untuk kesihatan dan mereka percaya dapat memanjangkan umur mereka. Mereka disini amat gemar menikmati tea iaitu makan dan minum tea. Agak pelik jugak bila dia org kata makan tea, rupa2nya memang benar mereka makan pucuk2 tea yang di kutip dan dikeringkan. Tea ini amat baik sekali untuk membuang toksik dalam badan. Tea yang terbaik adalah tea yang dikutip pada bulan April setiap tahun kerana pucuknya muda dan enak dan lemak. Bagi pengemar tea mesti nak beli tea lonjing ini. Ada juga candy tea yang sgt sedap. Satu bungkus RMM25 Tapi kalau beli 5 paket dia kasi RMB100. Harga Satu Tin Tea (stock 3 bln) RMB250.



Setelah selesai minum tea, kami pun dibawa untuk lunch di Hangzhou. Seperti biasa, lauk pauk disini seakan2 sama aja rasanya. Dah hari ke 6 ni memang tak brp nak masuk dan tetap rindukan masakan msia. Selesai makan, kami ke mesjid yang terletak berhampiran dengan restaurant ini.



 Selesai solat kami pun dibawa pula ke tempat Shopping di Hangzhou (ala2 Art Market seperti di Shanghai juga). Disini kami diberi masa 3 jam dan pukul 6 petang kami makan malam yg terakhir di sini sebelum ke Airport.


Kreativiti Penduduk Hangzhou - Art Market





 Byk lagi masa sebenarnya kerana flight kami adalah pukul 11.20mlm. Setelah selesai makan, dalam pukul 7 pm kami pun mula berangkat ke Airport. Perjalanan lebih kurang 40 minit sahaja. Sampai awal tak pe dan alhamdulillah sepanjang perjalanan kami di 4 buah negeri di China berjalan dengan lancar dan selamat. Kaunter AAX buka pada pukul 9.30pm dan setelah selesai checkin baggage kami pun relax sementara menunggu berlepas. Terima kasih kami kepada Tour Leader Mr KC Leu yang amat baik dan bertanggungjawab terhadap kami sepanjang kami berada di sana. Puas hati dengan layanan yang diberi dan Malaysia Harmony Travel and Tour adalah salah satu tour agent yang boleh saya recommend untuk sesiapa yang ingin ke Shanghai.

Alhamdulillah, tepat pukul 4.20pagi kami selamat landed dilapangan terbang LCCT dan kami pergi ke kantin breakfast dulu sementara menunggu bas pukul 9.00 pagi balik ke Bidor.

Semuga berjumpa lagi di lain entry…lepas ni nak kemana ye… tunggu!!!