Monday, March 28, 2011

BETONG- THAILAND - 25-26 SEPT 2010

Pemandangan waktu malam Pekan Betong Burung layang-layang ini teramat banyak di sekitar pekan dan berhati-hati bila berjalan dibawahnya
Macam-macam ada didalam bazar






Grand Mandarin Hotel

Kalau kat malaysia boleh ke naik berempat di tengah pekan tanpa topi keledar?




Anjing yang sangat pandai menaiki motosikal.



Tut-Tut - Pengangkutan yang famous di negara Thailand


Bukan di Bidor sahaja banyak petai ye... disini pun ada jugak





Roti Canai Pisang



Jus Pegaga







Ini adalah kawasan air panas. Didalam sangkar itu anda boleh merebus telur




Diluar kawasan Piyamit Tunnel




Lubang sebegini banyak terdapat didalam tunnel ini dan mereka mengorek lubang ini dengan menggunakan tenaga manusia. Jika kita masuk didalam tunnel ini, kita dapat gambaran betapa susah dan siksanya semasa berada didalam peperangan. Oleh itu, kita kena insaf dan sedar bahawa kita seharusnya bersyukur kerana dapat hidup dalam keadaan aman dan makmur di Malaysia sekarang dan juga kena beringat agar jangan sampai Negara kita di jajah semula.
Hanya dari sekeping gambar dapat menceritakan segala-galanya


Untuk hidup, pelbagai initiatif yang mereka cipta. Contohnya gambar dibawah ini, kita dapat lihat bagaimana cara mereka menghapuskan asap dari dapur (smokeless stove) untuk mengelakkan pihak musuh dari mengesan mereka. Mereka mengorek saluran serta lubang untuk pengumpulan asap dan diatas tanah pula mereka akan standby dengan memancutkan air dikawasan lubang yang telah dipenuhi kepulan asap. Oleh itu asap tersebut tidak akan naik keatas permukaan tanah dan pihak musuh tidak dapat mengesan mereka.


Ok.. nanti kita sambung apa yang ada didalam Piyamit ini.. Ini adalah kawasan didalam Piyamit Tunnel. Kena naik dan turun bukit. Semput jugak la kalau kurang exercise. Walaubagaimanapun, kawasan ini amat nyaman dengan kehijaun daun2 pokok tanaman yang amat subur.
. Untuk masuk kedalam dikenakan bayaran 50Bhat seorang. Piyamit Tunnel adalah tempat bekas kubu kominis,
Pintu Gerbang Piyamit Tunnel.


Disebabkan kami tiba agak awal, kami meminta agar tour guide membawa kami ke hotel dahulu untuk mandi2 dan rehat sebentar sebelum meneruskan acara pertama kami ke Piyamit Tunnel. Nasib kami agak baik kerana bilik hotel telah tersedia dan boleh check In awal iaitu seawal 9.00pagi. Selepas mandi dan rehat sebentar kami pun menaiki bas semula untuk ke puimait Tunnel. Kalau nak masuk Piyamit Tunnel mesti menaiki lori antik ni sbb kenderaan seperti bas tak boleh naik ke kawasan Tunnel .Walaupun antik tapi kuasa kuda dia memang power mendaki bukit. Dalam lori ini disediakan bangku panjang untuk penumpang dan boleh muat lebih kurang 30-40 orang (mcm sardin) Mail Post yang terbesar di dunia
Stay at Grand Mandarin Hotel @RM148 per night. Kira ok gak harga untuk rate 4 star hotel.



Pemandangan waktu subuh di sempadan M'sia/Betong


Pemandangan Bandar Betong dari Tingkat 20 bilik Hotel


Salah satu sarapan pagi di sini. Nama masakan tak tahu pulak


Terjumpa kedai makanan halal untuk sarapan pagi.





Sudah lama blog ini bersarang dan hari ini aku rajin sedikit untuk mengimbas semula perjalananan ku untuk di kongsi bersama. Trip kali ini kami ke Betong, Thailand dengan menaiki bas. Ini adalah trip bersama-sama rakan sekerja isteri ku. Kami ke Betong hanya 2 hari semalam sahaja dan perjalanan bermula dari Bidor ke Betong lebih kurang pukul 12 tengahmalam dan sampai di sempadan lebih kurang 5.30 pagi

1 comment:

  1. salam Puan,

    boleh dapat no contact agen pemandu pelancong di betong.tq

    ReplyDelete