Thursday, January 26, 2012

Penginapan di Tune Hotel Hatyai

Kali ini ke Hatyai sengaja nak cuba tinggal di Tune Hotel Hatyai yang baru dibuka kalau tak silap Nov 2011.  Bilik memang luas berbanding Tune Hotel di Malaysia cuma hotel ini belum siap sepenuhnya jadi kerja-kerja pembinaan agak menganggu dengan bunyi yang bising dan tak dapat nak berihat dan tidur seketika pada sebelah petang.  Bunyi bising ini cuma menganggu pada waktu mereka bekerja sahaja, kalau malam pun bising, semua pelanggan tak nak sewa dah hehehe...

Bagi sesiapa yang nak sewa disini, location dia bukan lah sangat dekat dengan tempat2 shopping (area Lee Garden) tapi kalau berjalan kaki pun tak lah sejauh mana.  Hotel ni dekat dengan Train Stesyen dan shopping complex yg berdekatan adalah Robinson. Kalau sesiapa yang dah biasa duk kat Hotel Tune, tak kira dimana pun, mereka memang dah tahu tentang add on seperti aircond, tv atau wifi dan tak lupa juga kalau dah check out jika nak tinggalkan luggage pun boleh tapi tetap dikenakan bayaran sebanyak 40 Bhat setiap luggage.  Kalau harga basic nya mahal tak digalakkan duk Tune Hotel ni sebab kalau dah add on segala, harganya dah lebih kurang je dgn hotel2 yang lain.  Di Hatyai ni harga hotel bukan sgt mahal jadi sesiapa yang nak duk Tune Hotel ni pastikan harga basic bawah 500 Bhat. Itu cuma pendapat saya sahaja kerana byk lagi Hotel yang location dia lebih strategic dan harga pun berpatutan.  Semasa saya booking hari tu saya dapat harga lebih kurang 720 Bhat harga nett selepas add aircond 12 jam(Ok la kan).  TV tak payah la sebab bukannya kita duk dlm bilik je.  Oh ya lupa nak maklumkan bahawa jika nak gunakan lift kita kena touch n go dulu kad bilik kita di pintu lift, jadi beringatla ye kalau salah seorang nak turun kebawah tanpa kad, nanti dia tak boleh naik lift. Tapi tak yah risau la, gi je jumpa dengan receptionist.  Sepatutnya pihak Tune hotel kena sediakan 2 kad untuk memudahkan pengguna.

Our Room No.
Spacious Double Room




Macam nak promote tune je..

2 comments:

  1. blogwalking today... find ur blog so interesting.. so i follow u... hope we can share travel tips in future 8-)www.baitijannatijamilah.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for drop by.. I follow u too so we can share our experience..

      Delete