Thursday, October 6, 2011

Makan-Makan di Hatyai

UDANG GALAH

Kalau kita tengok udang galah ni memang memikat hati. Rasanya sekarang musim udang galah sebab banyak dan semua besar-besar. Memanglah udang galah sentiasa ada tapi kali ini aku tengok udangnya besar gedabak dan banyak. Teringin jugak nak beli tapi bila tengokkan minyak dia yang hitam tu, macam agak kureng la dan terencat sedikit selera... lagipun kita tak tahu dah berapa lama udang tu duk kat situ dan telah di goreng berkali2 kot.. ye la.. takkan boleh habis hari2 kan..




PULUT MANGGA DAN PULUT DURIAN

Pulut Mangga Rabiah ni rasanya sedap dan harga 50 Bhat. Pada waktu malam ramai peniaga yang berniaga di depan Lee Garden Plaza dan kita boleh menikmatinya sampai muntah hahaha...








SALMA RESTAURANT DAN SULAIMAN RESTAURANT

Salma Restaurant harga agak berpatutan dan aku rasa lebih sedap dari Hamid Restaurant. Ini apa yang tekak aku rasa lah.. lain orang lain seleranya.

Sulaiman Rest pula aku makan roti canai dan sop ayam/daging. Ok la boleh tahan jugak. Roti canai dia pun lembut tapi tak silap aku roti canai kosong harga dia 20 Bhat. Aku try makan mertabak pun sedap gak harga 40 Bhat.










HAMID RESTAURANT







Nak cari makanan halal di Hatyai ni bukan menjadi masalah kerana banyak kedai-kedai halal dan juga peniaga kebanyakan orang Islam.

Jom kita tengok dimana tempat makanan halal yang saya sudah masuk. Ini adalah Hamid Restaurant yang agak famous dikalangan Pelancung Malaysia. Bagi aku makan kat sini tak lah sesedap mana pun, biasa je tapi harga memang mahal. Kami makan lunch dengan lauk ikan siakap tiga rasa, sotong kukus asam limau dan kailan ikan masin serta air kelapa dan longan harga dia RM72. Kalau tempat kita tak sampai harga camtu kan!

1 comment:

  1. Di-Hamid kalau orang malaysia masuk akan di sembelih cukup2 la murah lagi di sulaiman atau pon di bandingkan di malaysia.

    ReplyDelete