Wednesday, October 5, 2011

MENAIKI KTMB KE HATYAI - 8/9 - 12/9/2011




Kali ini teringin menaiki KTMB ke Hatyai. Walaupun perjalanan menaiki keretapi memakan masa yang panjang tetapi disebabkan keinginan untuk menikmati pengalaman tersebut telah membuatkan kami membuat tempahan tiket KTMB dengan tempat tidur sekali. Katil yang disediakan adalah 2 tingkat dan harga diantara lower dan upper juga berbeza. Disebabkan ini adalah pengalaman pertama, kami telah menempah lower dan upper bed. Adalah dinasihatkan agar menempah lower bed kerana ianya agak selesa dan luas dan agak stabil jika dibandingkan dengan upper bed yang seringkali di lambung dan dibuai semasa dalam perjalanan. Apa yang saya rasakan, perjalanan dari Tapah Road hingga ke Ipoh perjalanannya agak lancar ini dan mungkin ini adalah kerana landasan tersebut baru. KTMB masih dalam perancangan menukar landasan dan juga stationnya.

Keretapi ini berhenti agak lama di Station Ipoh dan Bukit Mertajam. Dengan adanya katil, terlelap juga mata ini walaupun pada mulanya agak sukar untuk memejamkan mata tetapi mungkin kerana penat dapat jugak lah aku tidor sementara sampai ke Padang Besar. Sememangnya ramai orang yang menggunakan perkhidmatan KTMB ini kerana malam itu, semua tempat yg berkatil penuh.

No comments:

Post a Comment