Thursday, October 6, 2011

Masa Untuk Balik

Percutian kali ini tidak pergi berjalan keluar dari pekan Hatyai kerana isteriku demam dan mood nak bercuti hilang. Perancangan sepatut hendak ke Floating Market tapi cuaca pun sebelah petang hujan cuma hari pertama cuaca baik. Tetapi kami memang penah kesana sebelum ini cuma kalau nak pergi pun hanya kerana rindukan masakan thailand sahaja hehe. Takpe lain kali boleh pergi lagi..insyaallah. Floating Market terletak diluar kawasan dan kita boleh menaiki tut2 kesana. Berbagai2 tawaran harga yang ditawarkan oleh pemandu dan aku rasa paling murah yang aku dapat adalah 400Bhat return. Pemandu boleh tunggu kita berapa jam pun yang kita mahu semasa berada disana.

Pada hari Ahad (11/9/2011) hujan tak berhenti bermula dari 3.00 pagi sehinggalah petang waktu kami ingin bertolak balik. Nak berjalan-jalan pun agak tersekat disebabkan hujan tak berhenti. Setelah check out pukul 12 tengahari, kami keluar makan ke Hamid Restaurant dan selepas itu kembali semula ke Lobby hotel dengan harapan hujan akan berhenti. Lebih kurang pukul 3.20pm kami pun mula bergerak ke stesyen. Memang hujan tak berhenti tapi masih boleh berjalan ke stesyen dalam hujan gerimis. Sudah Masa untuk kembali semula ke Malaysia. Keretapi dijangka akan bertolak pada pukul 4.20 petang waktu tempatan dan bermakna jam kita adalah pukul 5.20 petang. Keretapi bertolak mengikut waktunya dan bermula lagi perjalanan yang panjang. Dalam perjalanan risau jugak aku melihatkan keadaan disesuatu tempat yang sudah banjir terutamanya di Padang Besar. Bukannya apa takut nanti terkandas dimana2 tetapi Alhamdulillah kami selamat tiba pada pukul 3.20 pagi di Stesyen keretapi Tapah Road.


No comments:

Post a Comment