Thursday, November 3, 2011

HANGZHOU-SHUZOU-SHANGHAI-WHUZEN(20/10 - 26/10/2011)

Di hadapan Hotel sebelum berangkat ke Shuzou






Rasanya ini adalah penutup trip untuk tahun 2011 keluar Negara. Pada 20/10/2011 jam 5.20pm dengan menaiki Pesawat AAX D7 2604, aku, isteri dan rakan2 seramai 10 orang telah terbang ke Hangzhou, China. Kali ini kami pergi dengan Tour iaitu Malaysia Harmony Travel Tour. Jika group lebih dari 6 orang lebih baik ambil tour kerana bukan senang nak handle ramai orang. Kalau orang yang dah selalu travel mesti faham apa yang saya maksudkan. Sebaik sahaja kami menaiki Kapalterbang, hujan pun mula turun dengan lebat dengan kilat sabung menyabung. Kami tertanya-tanya kenapa masih tak terbang lagi, rupa-rupanya kena menunggu satu group seramai 30 yang menaiki pesawat AA dari India. AirAsia X kena menunggu lebih kurang 40 minit untuk berlepas dan akhirnya flight kami delay selama satu jam dan terbang pada pukul 6.00pm. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 5 jam. Waktu kita dan waktu di Shanghai adalah sama dan tak payah nak tukar2 waktu ..senangkan!

Dalam penerbangan yang agak memakan masa ni memanglah boring... pejam celik pejam celik tak jugak sampai. Dapat lah terlelap seketika bak kata orang kata tidor2 ayam. Bila cukup masa kami pun diberi makan. Wife ada book makanan dan kami di hidangkan dengan nasi lemak Pak Nasir bagi yang order Malaysian food dan Kung Pao with steamrice bagi yg order International food. Saya sarankan kalau flight yg agak lama, beli la burger kat Mc Donald atau KFC untuk alas perut. Setakat makanan yg kita order tu, memang tak cukup hehe.

Awek cina sebelah aku yang tadinya adalah salah seorang dari group yg lewat tadi rupa2nya berasal dari Taiwan dan bekerja di Shanghai. Bersembang jugak lah kami dengan dia. Dia adalah seorang Doktor dan dia beritahu kami bahawa dia ke India membuat kerja2 amal membantu pelarian lebih kurang selama 20 hari. Mulia hati dia org ni kan!

Setelah hampir 5 jam penerbangan, tiba-tiba Kapten Kapal announce yang kami akan tiba di Hangzhou International Airport sebentar lagi dan cuaca adalah 19 C. Alhamdulillah mendarat dengan selamatnya. Setelah pemeriksaan dan cop passport kami pun pergi mengambil luggage. Bila saya tengok system pengambilan luggage di sini, sememangnya system AirAsia adalah lebih efficient dan pantas jika dibandingkan dengan di sini. Apa pun, alhamdulillah semua luggage di terima dengan selamat. Kami pun keluar untuk mencari tour leader yang telah menunggu kami dengan agak lama kerana pesawat kami delay. Bila keluar dah nampak sekeping kertas yang tertera “Malaysia Harmony Travel Tour”. Tu dia tour leader kami Mr K.C. Leu. Setelah berkenalan dengan beliau, kami pun bergerak naik kedalam Van untuk menuju ke Hotel. Dari Airport ke Hotel lebih kurang 40 minit. Cuaca juga hujan waktu itu dan kami selamat sampai ke Hotel dan Check In pukul 1.10 pagi. Bila sampai di Hotel, terasa lapar pulak la perut ni.. apa lagi makan maggi dan minum white coffee dulu sebelum tidor. Rasa2nya hampir pukul 2 pagi baru terlelap. Ok .. esok bermula la tour kami di Shuzou.

No comments:

Post a Comment