Monday, November 14, 2011

SHANGHAI - 23/10/2011

Dah selesai shopping, kita orang pun pergi makan malam dan seperti biasa selepas makan malam balik ke Hotel. Sampai di Hotel agak awal iaitu 7pm dah selepas refresh segala, saya dan wife turun ke Terminal Stesyen yang berhampiran dan disini ada sebuah dataran untuk rehat2. Seronok tengok aktiviti dia org waktu malam. Ramai sungguh warga middle age yang bersantai dan bersenam seperti menari. Memang relax lah duk bersantai kat dataran ni dengan udara yang nyaman dan segar. Rasanya cuaca mlm tu adalah 16-19 C. Selepas melihat gelagat orang disana, kami pun naik tidor dan esok kami akan ke Whuzen pula.

Ini lah terminal stesyen yang berhampiran dengan Holiday Inn. Dari sini kita pun boleh terus balik ke Hangzhou dgn menaiki bulet train











Di sebelah Selatan China memang kebanyakan bangunan semua Bangunan lama (Herritage Building) yang masih dikekalkan dan dia org amat berminat dengan seni ukir. Disini juga kami diberi masa shopping 2 ½ jam. Kalau nak beli souvenir seperti keychain atau fridge magnet rasanya di tempat ini murah dari ditempat lain tapi yang paling penting kena bargain giler2, kalau tak..sah memang terkena kerana dia org bukak harga memang teramat tinggi. Fridge Magnet yang boleh dapat adalah RMB5 (RM2.50) tapi saya tak dapat pun harga tu huhuhu..

Nampak memang cantik tapi kesian kat ikan emas ni, berapa lama sangat la nyawa dia tahan duk tempat kecik cam ni..
















Selepas selesai shopping kami Lunch dan selepas itu ke Mesjid Shanghai. Setelah solat kami meneruskan lagi untuk shopping di Art market.



Nak tunjukkan sekarang musim autumn hehe







Kat atas ni semua menceritakan Makan..makan.. makan..

Setelah selesai, kami dibawa kesebuah tempat shopping seperti dibawah ini. Jika kita backpackers pun agak mudah untuk sampai kesini kerana kita boleh menggunakan subway dan kompleks shopping ini bersambung dengan stesyen subway. Disini banyak barang yang boleh dibeli seperti, winter coat, T Shirt, Handbag, Kasut Crocs dan barang souvenir. Paling Penting kena pandai bargain harga. Harga yang dia orang letak memang giler2 sungguh. Kalau dia bukak harga pandai2 lah menawar dari 70 – 80%, kalau tak pandai memang kita terkena. Bagi handbag yang imitation, kita kena Tanya peniaga kerana dia org ada secret place. Dia org takkan display, kalau nak.. kena Tanya then dia akan bawak kita masuk ke tempat rahsia tersebut dan disana boleh pilih. Mcm2 branded Handbag ada seperti LV, Chanel, Coach dan byk lagi. Rambang mata kalau org perempuan tengok! Oleh kerana musim ini adalah autumn dan nak masuk winter, jadi winter coat lah yg paling banyak di jual. Memang cantik2 dan murah harga jika dibandingkan disini. Kalau byk bawak RMB memang mahu gak merembat winter coat sehelai dua.

Kami sebenarnya diberi masa untuk shopping selama 2 ½ jam. Biasalah kan kalau ikut tour kita kena ikut masa yang diberikan iaitu 2 ½ jam but end up to 3 ½ hrs hahaha.. Tour leader kami memang sangat baik dan ikut kerenah kami tapi dalam hati dia cuma dia saja yang tahu ..hehe!










Sebelum memulakan aktiviti Shopping, kami telah dibawa ke tempat menjual Pearl. Pearl Air Tawar ni bila kita buka isinya mengandungi mutiara lebih kurang 20 - 30 biji. Kami juga di sajikan dengan Teh mutiara. Siapa minum teh ni boleh awet muda..iye ke??? Seperti biasa hanya mendengar dan melihat sahaja. Kami semua lebih berminat untuk memulakan shopping sahaja.







No comments:

Post a Comment