Thursday, November 3, 2011

HANGZHOU TO SHUZOU - 21/10/2011





















Ok la.. berbalik kepada cuaca.. disini cepat malam so bila dah pukul 5.30ptg memang dah gelap dan kami pun dibawa untuk dinner pulak. Kali ni dinner tak pulak laju masuknya sbb mungkin masih kenyang dan waktu makan terlalu awal. Setelah makan kami dibawa ke Hotel Noah yang terletak di tengah Bandar Shuzou. Setelah check in kami pun berihat sebentar dan selepas itu keluar semula untuk jalan-jalan di Art Market. Nak berjalan ke Art Market ni mengambil masa lebih kurang 15 minit jugak lah berjalan. Kat sini sempat jugaklah wife aku menyambar handbag.. nama pun perempuan..kemana2 pun asyik nak beli handbag je.. terpakai kee??? Ok dah selesai shopping kami balik semula ke hotel untuk berihat dan apa lagi tidorrrr….zzzz…




















Setelah selesai sembahyang, kami meneruskan perjalanan untuk ke Science Center . Bentuknya dibuat seperti sarang burung dan sebelah bangunan itu pula ada satu bangunan bulat. Tour leader kata kalau dari top view kita boleh lihat mcm sun and moon. Dia org ni kan percaya pada Fungsui so semua pembinaan mesti ada makna yang tersurat dan tersirat.






Untuk pengetahuan, di Hangzhou dan Shuzou ramai orang yang menggunakan kenderaan Battery Bike. Ape ke bendanya tu?? Haa… kalau nak tahu tu apa dia.. Ianya adalah sebiji macam motor tapi itu adalah basikal yang menggunakan bateri. Tour leader kata, Battery Bike ni adalah kenderaan yang paling bahaya jika di bandingkan dengan kenderaan2 lain. Sebabnya… kalau motor kita dengar bunyi dia lalu tapi kalau basikal ni dia senyap je so kita yg perlu berhati2 dengan dia, takut2 di langgar, dah lah laju mcm motor juga..isshhh memang bahaya. Dia org suka menggunakan baterry bike ni sebab tak payah ambil licence dan lagi harga murah sedikit dari motor. Kalau berada di sini memang amat perlu berhati2 bila berjalan tau.. takut kena langgar.. naya je… dah lah tak de insuran lak tu.







Memandangkan hari ini adalah hari jumaat, Tour leader membawa kami melawat mesjid di Bandar Shuzou, nasib kami baik dan masa kami sampai masih ada waktu untuk sembahyang Jumaat dan dapatlah kami sama2 bersembahyang disini. Ramai juga orang Islam di Shuzou ni.





Selepas makan, jalan-jalan terjumpa pulak kedai buah-buahan. Apa lagi kami pun beli lah. Harga murah dan rasa pun sedap dan manis.


Tengok la tu… sampai licin semua makanan baru ingat nak ambil gambar. Ini semua kes kebuluran hahaha…




Setelah itu kami pun ke Restoran Biejiang (Muslim restaurant) untuk Lunch. Perut masing-masing dah lapar tak hengat! Apa lagi kita makan dulu…









Pukul 6.00 pagi terjaga, tengok2 hari dah terang. Bersiap sedia untuk breakfast dan seterusnya checkout ke Shuzou. Kalau kita ke Negara bukan Islam ni, tak payah la ingat nak makan macam2 di dalam Hotel. Sememangnya makan aja la roti dan minum jus atau coffee untuk lapik perut. Bila semua dah ready kami pun memulakan perjalanan ke Shuzou pada pukul 9.00 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Destinasi pertama kami adalah ke sebuah Lake. Di Hangzhou dan Suzhou ni memang terkenal dengan lake. Pemandangan dan landskap pun cantik2. Time kami pergi adalah time autumn tapi kami lihat daun-daun masih belum bertukar warna. Mengikut kata tour leader, Cuma ada sesetengah tempat sahaja yang telah bertukar warna dan bahagian utara China telah ada yang turun salji. Ok layan gambar di Lake Oriental Village. Semasa menaiki boat ni, pendayung tu siap menyanyi lagi… bahasa dia Cuma dia sorang je yg faham even my Chinese fren pun tak faham sebab dia org guna bahasa dan dialek dia org sendiri

No comments:

Post a Comment