Thursday, November 3, 2011
SHUZOU TO SHANGHAI - 22/10/2011
Setelah selesai di Oriental Pearl Tower, kami pun dibawa ke Nanjing Street. Tempat ini memang salah satu tourist sport..ala2 Bukit Bintang. Byk barangan branded yg di jual disini. Orang kat sini.. usah cerita la..dah macam ulat t**k punya la ramai.
Setelah melihat pemandangan Kota Shanghai, kami diberi masa untuk melihat apa yg terdapat di dalam tower. Di sini kita boleh lihat patung lilin dan juga life story orang-orang Shanghai ketika waktu dulu. Memang menarik sekali dengan idea-idea yang ditampilkan.
Setelah makan, kami dibawa ke Oriental Pearl Tower Shanghai. Nak naik keatas ni kena scan bagai. Bila dah naik keatas..wow.. best sebab dpt lihat seluruh pemandangan Kota Shanghai. Tower ni ada glass floor yg mana kita boleh lihat landscape dari top view…memang superb! Kalau yang gayat tu memang tak larat lah nak pijak lantai kaca ni hehe! Macam-macam gelagat boleh kita lihat dia org posing kat lantai kaca ni termasuk lah aku dan bini aku hehe.
Nak tunjuk daun dah tukar kaler..
Kami berhenti untuk Lunch. Masakan di Negara ni memang famous dgn kambing. Setiap hidangan pasti ada kambing, adusss tak lalu rasanya asyik mkn kambing je. Ada sesetangah Restaurant yg masakan kambingnya sedap dan ada pulak yang berbau…tu yg tak larat tu!
Setelah selesai melawat Silk Factory, Perjalanan pun bermula untuk ke Shanghai dan mengambil masa lebih kurang 1 ½ jam untuk sampai ke sana. Bila sampai sahaja di Shanghai, perkataan yg keluar dari mulut… wahhh!! Sememangnya ianya lebih besar dan maju dari Negara kita, kita boleh tengok semua bangunannya mencecah langit. Berbanding Shuzou, Shanghai lebih moden dan kita boleh lihat dari cara mereka berpakaian.. semuanya stylo! Nak kata jammed pun tak la sangat sebab walaupun jammed tapi kenderaan tetap bergerak tak mcm KL kalau jammed memang sangkut giler. Tapi mengikut kata Tour Leader, jalan kurang jammed bila weekend. Kereta-kereta di sana semuanya jenis kereta mewah. Mereka suka dengan brand Audi, Walkswagen. Kereta Jepun mereka kurang minat disebabkan History Negara mereka dengan Jepun.
Hari ini seperti biasa setelah breakfast, kami akan ke Silk Factory sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kosmopolitan Shanghai. Sesiapa yang telah biasa ke Negara China, pasti mereka tahu yang tempat-tempat seperti Pearl, Silk Factory, Tea dan juga Herbs adalah perkara wajib dilawati. Ini memang arahan dari Kerajaan mereka untuk memperkenal industri ini kepada pelancung2.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment