Dah selamat mendarat di Lapangan Terbang Jeju.
Pilih je kereta mana menjadi idaman..
Inilah kereta yang disewa - K5
Setibanya disana, anak buah yang menguruskan segala hal berkenaan penyewaan kereta. Dia sewa kereta K5. Dari Airport ke tempat sewa kereta ada bas disediakan, sangat mudah tapi kalau kita tidak tahu berbahasa korea agak sukar juga sebab sedia maklum dia org amat kurang yang fasih berbahasa Inggeris. Nasib baik lah anak buah dapat ikut serta dan dia yang kelolakan tentang penyewaan kereta. Tersilap sebab dah terbook awal booking di hotel di Hiking Hotel Seogwipo tanpa minta khidmat nasihat dari anak buah. Hotel ini not recommended ye, sudah lah ownernya sombong, moody dan langsung tak friendly memang menyesal duk sini. Book sini sebab recommended by tripadvisor tapi hampeh! Kalau nak ke Jeju dan menyewa kereta, lebih baik sewa di Jeju sahaja. Hotel dibawah ni memang recommended sbb anak buah pernah menyewa disini dan ianya terletak di Jeju.
Dah sampai di seogwipo lebih kurang 7.30mlm. Dah check In dan buat apa yang wajib kami pun keluar cari makan. Jumpa restoran seafood ni, apa lagi perut dah lapar tambahan cuaca pulak sejuk..hmm makan sampai kenyang dan balik hotel tidor..zzzzz
Dah licin baru ingat nak ambil gambar hehe..
Sambung esok pula-- Jalan-Jalan Di Jeju Island
No comments:
Post a Comment