Monday, May 5, 2014

JEJU ISLAND

Assalamualaikum kepada yang mengikuti blog ini (ada ke???). Tak kisah la kan.. kalau ada orang yang terbaca kita kongsi-kongsi info travel. Lama sungguh tak update apabila malas melanda. Nak cuba menghabiskan cerita Jeju Island ni. Dah lebih setahun membeku dan hampir lupa nama-nama tempat yang dah pergi. Gambar-gambar ini boleh menceritakan senarionya walaupun dah lupa apa nama tempatnya hehe.. Im sorry!!!

Oedolgae Rock





Siapa kata batu tenggelam dalam air. Batu ini menunjukkan bahawa bukan hanya untung sabut timbul tau, batu pun boleh timbul



Di Jeju memang terkenal dengan pengeluaran limaunya...




Keunikan batu-batu laut ini memang amat cantik dan ini lah ciptaan Tuhan yang dapat ku lihat dengan mata sendiri...Alhamdulillah syukur YaAllah dengan rezeki yang kau beri..


Jusaangjolli Cliff






Sesiapa yang nak cuba rasa siput kerangan (tak tahu namanya) ni hidup-hidup boleh la cuba. Bukan murah ye, harganya  sepiring bermula dari RM30- RM100.





Ahjumma ni tanya ' mau ka' (dlm bahasa korea ler)...idok la teman weeiii..geli geleman nengoknye hehehe


Dah puas jalan-jalan moh kite tengok yang dikatakan 'Jalan Misteri' pula. Memang rasa misteri juga le sebabnya kereta yang telah dihentikan enjinnya masih boleh bergerak sejauh lebih kurang 500m walaupun jalannya mendatar sahaja bukan curam. Itu kejadian tuhan dan juga mungkin gerak graviti yang terdapat di kawasan tersebut. Allahualam...

Mysterious Road


Jom Kita pergi lagi satu tempat bernama Seongsan Ilchulbong Peak. Sememangnya Pulau Jeju masih dijaga dan tidak tercemar dan masih banyak tempat-tempat Heritage yang dapat kita lawati.











Sempat lagi nak ambil mood ' saranghe"


Seongeup Folk Village








Ok dah habis cerita Jeju jom kita balik menaiki Jeju Air ke Seoul hehe...


Bye Jeju



1 comment: