Monday, May 5, 2014

AUSSIE - SYDNEY ( 18/4/2013 - 20/4/2013)

Bila dan dapat vitamin 'R" boleh le kita sambung cerita makan angin semula. Dah lebih setahun baru nak update cerita pasal Aussie. Seperti biasa AAX yang membawa kami terbang.  Terima kasih Pak Tony walaupun harga tiket tak semurah mana pun tapi masih murah lagi dari Airlines lain. Tiba di Sydney pada pukul 7.00am pada 18/4/2013 dan terus mencari teksi untuk ke Sydney.  Menginap di City Hotel, Sydney. Hotel ini sangat strategik dan mudah untuk kemana-mana dengan berjalan kaki sahaja. Memang target kami mencari penginapan yang lokasinya strategik dan mudah untuk kemana-mana tanpa keluar duit untuk menaiki teksi  atau kenderaan lain. Bagi kami ianya amat penting sebelum kita plan untuk ke destinasi kita. Satu malam lebih kurang RM320.




Dah selesai hal check in kami pun memulakan perjalanan ke destinasi yang telah dirancang. Macam yang diperkatakan tadi, Hotel ini memang strategik, moh kita jalan-jalan ke Darling Harbour...






Darling Harbour ini adalah pusat bagi para tourist. Banyak tempat-tempat menarik yang boleh kita jelajahi hanya di tempat ini sahaja. Dalam satu hari kita tak perlu kemana-mana. Nak tengok wayang boleh, nak tengok ikan boleh dan Rock pun boleh kita pergi ke Hard Rock Cafe hehehe...

Untuk menjimatkan anda, beli la kad Iventure ini... ada beberapa package dan pilih sahaja package yang bersesuaian dengan jiwa masing-masing.. Ini dia kad yang dimaksudkan tadi. Boleh di beli di sini


I -venture card ni berharga 49AUD. Kalau kita beli tiket harganya lebih mahal. Tak silap boleh pilih 3 tempat dengan harga 49AUD.


Boleh tengok IMAX 5D yang terbesar di dunia katakan. Memang best lah!





Lepas tengok wayang, kita masuk aquarium pulak...


Dah puas tengok ikan jom kita Rock. HRC ni wajib kami cari walaupun negara mana pun kami pergi. Apa lagi yob moh kita jamu mata ...






Dah penat berjalan, terasa haus dan lapar, apa lagi.. jom try icecream gelatissimo dan fish n chips. Jadilah untuk lapik perut




Di sini tidak susah untuk mendapatkan makanan halal. Pada malamnya kami mencuba makan di sini :-

Tukang tebar roti canai ni memang expert. Ramai orang terpukau bila dia mula menebar roti

Kalau disini sekeping tak sampai RM1.50 tapi di sana sekeping 5.50AUD (RM18). Tak kisah la kalau perut dah lapar jangan convert ye...


Ada lagi satu tempat yang berhampiran dengan Malay Village adalah kedai Mamak. Ramai orang yang beratur untuk membeli makanan disini


Cukup dulu hari pertama di Sydney..esok kita sambung lagi...

No comments:

Post a Comment