Wednesday, February 13, 2013

MOUNT SOERAK

Pada keesokan harinya kami akan ke Mount Soerak dengan menaiki bas dari Stesyen Bus.  Sekarang saya dah terlupa apakah nama stesyen bas tersebut (ini lah akibatnya kalau terlalu lama bersarang). Kami tinggal di Annam, makanya dari Annam station kami terpaksa mengambil subway ke Stesyen bas untuk ke Sokcho.  Perjalanan dari Seoul ke Sokcho adalah lebih kurang 2 jam.  Sokcho adalah sebuah tempat nelayan dan bagi sesiapa yang layan cerita 'autumn in my heart', disinilah tempatnya pengembaran cerita tersebut.  Aku sendiri pun tak penah lihat cerita tu hehe..


Harga tiket ke Sokcho kalau tak silap 16100 Won sehala. Bus ekspress yang kami naiki amat selesa.


Kami tiba di Sokcho lebih kurang pada pukul 11.30pagi.  Saya telah book penginapan di Sokcho - The House Hotel. Penginapan untuk satu malam adalah 35K. Amat mudah untuk mencari The House ini, setelah turun di bas stesyen, teruskan perjalanan ke arah kanan dan berjalanlah lebih kurang 300m. The House ini terletak di sebelah kanan dan kedudukannya diatas bukit sedikit.  Kami akan berada disini selama 3Hari 2 Malam.  Pemilik hotel ini amat peramah dan boleh berbahasa Inggeris, jika ada apa2 pertanyaan, mudah sekali untuk berinteraksi dgn beliau. Setelah check in di hotel, kami terus mengambil bas untuk ke National Park - Mount Soerak. Untuk menaiki public transport ke Mount Soerak harga tiketnya adalah 1,100K sehala. No bas yang perlu diambil adalah 700 atau 701. 

Pemandangan sepanjang perjalanan dari Sokcho ke National Park


Bangunan berbentuk kubah mesjid tapi bukan mesjid






Jangan risau kerana setelah menaiki bas tersebut, perhentian terakhir adalah national park.  Anda turun disana dan teruskan sahaja perjalanan mendaki mount soerak.  Pendakiannya  tidak lah terlalu tinggi kerana anda boleh menaiki cable car. Tiket cable car adalah 18K seorang.  Dari perhentian cable car baru lah anda perlu mendaki untuk sampai ke puncak, kalau tidak ada stamina cukup lah di kakinya sahaja hehe. Tapi jangan hairan, orang2 korea ni memang suka mendaki gunung, jadi masalah stamina tidak timbul walaupun mereka telah berumur melebihi 70 tahun..tabik spring lah pada dia org ni!!

Perlu membeli tiket di kaunter sebelum masuk ke National Park




Banyak kedai-kedai cenderamata dan kedai makan sepanjang dari entrance fee masuk ke kawasan cable car.

Buluh ni untuk urutan bukan untuk pukul orang tau hahaha..

Tengok je la orang yang menjual kat sini, jangan cuba makan pulak ya!

Dah beli tiket jom masuk!

Mula-mula masuk dah boleh jumpa beruang batu ni!

Masa ini adalah permulaan autumn, makanya daun-daun telah mula bertukar warna. Mari layan pemandangan autumn di Soeraksan




Jom naik cable car. Cable car disini tidak lah setanding dengan ketinggian cable car langkawi

Pemandangan dari dalam cable

Sesetengah daun telah bertukar warna


Jom kita mulakan pendakian





Ditengah-tengah perjalanan, terjumpa dengan healmoni (opah) ni, korang bayangkanlah berapa umurnya dan masih mampu lagi mendaki


Berkemampuan ke aku nak sampai ke puncak itu haha..

Jangan risau, sebenarnya laluan keatas adalah disiapkan dengan anak2 tangga. Mesti boleh!

Akhirnya... sampai juga aku keatas ni walaupun tidak dipuncaknya. Tidak lupa mengibarkan bendera kesayangan ku ' Malaysia!










Ok dah puas menikmati keindahan pemandangan diatas, apa lagi jom kita turun..



WARNA-WARNI DAUN LURUH








Anda perlu menunggu bas semula ditempat perhentian tadi. tiket kena bayar 1,100K dan sampai lah semula ke Pekan Sokcho. Berihat dan malam nanti sambung semula aktiviti di Sokcho.


No comments:

Post a Comment