Wednesday, February 13, 2013

HARI TERAKHIR DI SOKCHO

Hari ini, selepas breakfast, kami pun keluar untuk jalan-jalan. Kami mengambil keputusan akan balik dalam lebih kurang pukul 1.00pm jadi ada masa untuk kami bersiar-siar lagi. Kami menunggu bas dan destinasi masih belum ditetapkan, ikut je la mana nak berhenti nanti kami berhenti.  Itu la kebaikan kalau pergi sendirikan, redah je mana tempat yang kita suka. Jom jalan-jalan....


Dari dalam bas ni ternampak kawasan rumah api dan pantai ni, macam menarik je, lalu kami pun tekan loceng dan turun.  Rupanya disini memang tempat pelancungan jugak la. Tak sangka jumpa ikan duyung dan pasangannya hehe. Ingatkan di Songkhla je ada rupa2nya di Sokcho pun ada jugak duyung kena tegur sang kelembai..






Secara kebetulan ada perayaan pada hari itu. Sempat jugak lah posing dengan org korea yang sporting ni..



Terjumpa dengan penyelam wanita sedang menikmati breakfast mereka setelah penat menyelam. Umur dia org diantara 60 - 75 tahun. Memang gigih sungguh mereka ini. Keistimewaan mereka adalah daya penafasan yang kuat, dimana mereka menyelam tanpa menggunakan alat gas penafasan.


Hasil tangkapan dan alat yang dibawa untuk menyelam


Ini pula adalah kedai menjual makanan laut, memang fresh kerana semua hasil tangkapan kebanyakan di jual di sini.




Warna sotongnya amat berbeza dari tempat kita


Rupa-rupanya Sokcho juga pernah ditimpa Tsunami


Seronok tengok jualan ikan masin di sini. Nampak ikannya amat bersih dan segar.








Tanya punya tanya rupa-rupanya disinilah tempat makanan halal seafood yang dicari-cari. Apa lagi, pucuk di cita ulam mendatang..

Ini adalah owner kedai makanan halal dan juga kedai ikan masin diatas. Sangat friendly dan fasih berbahasa Inggeris.





Jom makan...



Side Dish






Akhirnya.. dah licin dan jangan lupa bayar..


1 comment:

  1. menarik juga sokcho ni ..
    nak tgk gambar, tapi tak keluar ... mcm mn nak jumpa kedai halal tu??

    ReplyDelete