Wednesday, October 5, 2011
Padang Besar - Hatyai
Apabila menaiki keretapi ini, jangan risau kalau takut-takut terbabas kerana operator KTMB akan datang ke tempat penumpang yang akan turun ke destinasinya dan menggerakkan kita 10 minit sebelum keretapi berhenti. Tetapi kalau sudah digerakkan, anda tetap menyambung tidor then sorry la ye alamatnya terlajak lah ke destinasi seterusnya.
Lebih kurang pukul 6.30pagi keretapi akan sampai ke Alor Star dan selepas itu ke Perlis dan Padang Besar. Kami tiba di Padang Besar lebih kurang pukul 7.30pagi. Bagi penumpang yang ingin meneruskan perjalanan ke Hatyai, kita harus turun di Padang Besar untuk cop passpot. Keretapi akan 'tukar kepala' dari kepala Malaysia ke Thailand dan gerabak yang masuk ke Thailand hanya tinggal 2 gerabak sahaja. Lebih kurang 40 penumpang yang ke Hatyai jadi kami semua turun untuk cop paspot dan buat apa yang perlu. Samada hendak makan pagi ( food court - di tingkat atas imigresen), membuat penukaran wang atau ke toilet. Masa diberikan selama lebih kurang 40 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Hatyai. Jika hendak menukar Bhat adalah di nasihatkan menukar wang di Money Changer stesyen keretapi Padang Besar kerana rate agak rendah.
Selepas 40 minit, kami diarahkan pegawai yang bertugas agar menaiki semula ke gerabak dan 10 minit kemudian keretapi bergerak ke Hatyai. Kami tiba di Hatyai lebih kurang 10.20am waktu tempatan.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment