Thursday, October 6, 2011
Penginapan - Siam Center Hotel
Setelah sampai di Stesyen Keretapi Hatyai (Hatyai Junction), kami pun turun untuk meneruskan perjalanan untuk mencari Siam Center Hotel. Wife dah book awal melalui booking.com. Harga untuk satu malam 850 Bhat sahaja walaupun bertaraf 3 *. Berhati-hati bila sampai di stesyen kerana ramai ulat-ulat yg akan naik kedalam gerabak dan menawarkan perkhidmatan tut-tut dan juga tour.
Setelah keluar dari Stesyen, kami menghala ke sebelah kiri kerana hotel Siam Center berada di Jalan Niphauthit 2. Dari Stesyen ke Hotel lebih kurang berjalan 450meter sahaja. Location hotel sgt strategik kerana berada di tengah-tengah Pekan dan berhampiran dengan tempat makan dan shopping. Sebenarnya byk hotel yang berhampiran seperti Novotel, Lee Garden Hotel, Asia Hotel, Regency Hotel, Crown Plaza, Pink Guesthouse dan byk lagi. Siam Center dan Asia Hotel amat dekat dengan Kim Yoong Plaza, cuma jalan lebih kurang 200 meter sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment