Pada sebelah malam kami bercadang makan di Wan Thai Restoran di pekan Kuah. Tengok menu dia memang macam semua nak rasa. Memang menyelerakan masakan di Restoran ini, memang boleh recommend pada sesiapa yang nak ke Langkawi pergi la makan di Restoran ni. Restoran ni 100% milik org Thailand. Service memang tip-top dan makanan semuanya marvelous!
Habis licin.. punya la sodap!
Ais Len Chee Kang versi siam
Menu yang kami order.. Otak2, Tom Yam, Ayam Pandan, Kerabu mempelam dan kailan ikan masin. Harga tak sampai RM70
Mamat yang berbaju kotak-kotak tu la boss laksa power. Masa dulu memang terkenal sungguh Laksa Power ni tapi skrg ni dah ramai yang buka stall mcm ni ditepi2 jalan.. tak tahu la yg mana satu lebih POWER!
Minyak gamat terbesar di dunia (sebab negara lain memang takde yang mengeluarkan minyak gamat.. kah.. kah..kah)
Seperti biasa kalau ke Langkawi tak singgah ke Idaman Suri macam tak lengkap rasanya aturcara melancung. Masa membeli kemain seronok tapi bila nak bayar.. adusss!!
Dari ' The Loaf' kami ke Langkawi cable car. Tak naik pun keatas kerana sebelum ini telah beberapa kali naik. Kami cuma jalan-jalan dan mengambil gambar sahaja di sini. Ada tempat baru seperti mini zoo.
No comments:
Post a Comment