Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Kad Ucapan Selamat Hari Raya dari anak saudara ku yang tahun ini beraya di Korea. Pak Usu dan Mak Usu juga ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin semoga Adib berada didalam keadaan sihat dan riang bersama teman2 menyambut lebaran tahun ini di rantau orang.


Hari ini adalah hari terakhir umat Islam berpuasa maka berakhirlah bulan Ramadhan yang Mulia dan Syawal pula menjelma. Mudah-mudahan ALLAH menerima ibadah puasa ku dan bertemu semula di Ramadhan yang akan datang. Esok hari raya dan aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua umat Islam sedunia.
Masak Udang Gulai Ketam
Pembasuh Mulut Kuih Keria
Berbunyi Mercun Berdentum Dentam
Riang Gembira di Hari Raya

Friday, September 18, 2009

TEMPAT YANG KEKAL ABADI









Pengali Kubur Yang Berjasa

Merobek Dada Kubur
Melaksanakan tugas meyiapkan Lubang Kubur bukanlah satu perkara mudah. Aku terharu dengan pengorbanan rakan-rakan kampong melaksanakannya secepat dan sebaik mungkin. Jenazah perlu kita segerakan,seorang ketua yang berpengalaman seperti Yop Dollah anak jati Bidor sebagai ketua kami dalam melancarkan kerja-kerja pengendalian kini. Beginilah kebiasaannya, bukan wang ringgit yang mereka kejarkan, tetapi sedekah kedrat tulang empat kerat yang mereka berikan. Sikap ini memang tersemai didada anak-anak kampong ini yang bergelar Si Pengali Kubur.

Kebiasaannya apabila ada kematian maka agak tergendalah kerja-kerja mereka yang rata-rata berkerja kampung. Apabila terdengar berita kematian.mereka bergesa ke tanah kubur. Besar sungguh pengorbanan mereka,sesungguhnya tuhan sahaja yang membalas jasa-jasa mereka.

Pin!. pin!..... motor kelabu Honda berplet besar mengikut kehendak JPJ satu ketika dulu kot? Dilaungkan, “Si Polan telah meninggal dunia baru sekejap tadi,mari kita kekubur gali liang”. Orangnya berbadan gempal bermisai tidak, kehulu kehilir mencari rakan yang lain .”moh lah kita cepat Jama Mat Rawi mendesak”, sememangnya dialah yang diharapkan. dan disegani rakan-rakan kampong yang lain. Pelapis kepada generasi Pengali Kubur yang lama. Beliau semenjak dari kecil lagi terlibat secara tidak langsung mengikuti Arwah ayahnya menjalankan tanggung jawab fardu kifayah ini.

Lensa kemera ku kali ini merobek dada kubur. Dikesempatan ini aku mengambil nya sebagai memperingati sesama kita bahawasanya kita juga akan berada dilubang kubur sedemikian rupa satu hari nanti. Dikedalamannya disediakan liang pepat atau lahat dan terkujur lah jenazah, maka terpisahlah amalannya dimuka bumi ini.

Apakah suatu hari nanti kita dapat melaksanakannya sebaik mungkin sepertimana tugas mereka-mereka sipengali kubur? Kita renungkanlah sejenak………Budaya berkampung kita amalkan, sikap muafakat kita amalkan dan fardu kifayah kita laksanakan. Semuga si Pengali Kubur berbakti lagi…….
















Mesjid Jamek Bidor Sedang Berubah Wajah

Masjid Jamek Bidor didirikan diatas tanah kepunyaan keluarga Syeikh Abdul Ghani setelah diwakaf kan. Masjid ini dibina mirip rekabentuknya seperti Masjid-Masjid lama di Sumatera. Aku dilahir pada tahun 1963 di perkarangan Masjid Jamek Bidor ini. Keluarga aku menyewa rumah di tepi sungai lebih kurang 20meter bersebelahan masjid kepunyaan saudara sebelah bapa aku. Orang Bidor lama megenalinya sebagai Opah Ngah, anaknya Pak Kitan yang baru berberapa tahun lepas telah meninggal dunia..Keluarga itu adalah ahli keluarga Penghulu Embi, Penghulu ini tidak pula saya ingat penghulu yang keberapa.

Tahun 1963 , kelahiran ku telah disambut oleh seorang Bidan kampong yang terkenal ketika itu iaitu Opah Munah. Dia juga tinggal diperkarangan masjid yang mana sekarang dikenali dengan nama Kampong Masjid Bidor. Pada masa dahulu, air sungai masih lagi bersih dan penduduk berdekatan megambil air untuk diminum,membasuh pakaian, megambil air sembahyang dsb. Berlampukan minyak tanah aku terus membesar. Keluarga ku kecil, aku mempunyai empat adik beradik dan kesemuanya lelaki dan aku adalah anak bongsu dalam keluarga ku. Akhirnya bapa aku iaitu seorang Juru Ukur Daerah Perak Selatan mendapat tapak baru untuk mendirikan sebuah rumah di kawasan tua iaitu dikampung Cegar pada tahun 1966. Tapak tanah itu adalah tanah pasir timbunan hasil daripada kapal korek dan lombong pam satu ketika dulu. Mulanya 6 keluarga terlibat membangunkannya. Ketua kampong pertama adalah Tok Sidang Ramli, kedua Hj Dolah b.Yakub. Pada masa itu kampong ini dikenali sebagai Kg padang, diikuti Kg Baru Jalan Sungkai dan akhirnya Ketua Kampong ketiga iaitu Ismail b Shariff. Beliau dan penduduk-penduduk kampong telah bersusah payah berusaha untuk menukarkan nama kampong ini. Mereka telah mengajukan kepada pihak pentabiran daerah, supaya menghidupkan semula sejarah lama. Sebagai mengingati jasa Raja Menunggang yang merupakan pembuka kampong ini, Nama Kampong Cegar telah dihidupkan semula. Terima kasih kepada yang berkenaan dan kepada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menghidupkan semula nama Kg Cegar ini. “ Cegar “ dalam ertikata, adalah lata atau tempat dimana air mendatar seakan-akan berpantai.

Ketua Kampong keempat ialah Ahmad Arshad b. Sharif dan Ketua Kampong kelima adalah Anuar b.Darus yang baru dilantik baru-baru ini, Hanya satu harapan yang aku pinta teruskan kemakmuran dengan penuh muhibbah hendaknya demi mengapai Wawasan Negara tercinta sepertimana slogan kemerdekaan kali yang ke52, “ Satu Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Aku pernah bertugas di Indonesia iaitu dibahagian Sumatera Barat pada tahun 1997 untuk menyelesaikan misi Operasi Jerbu. Aku umpama dilantik sebagai Duta Jabatan ku kesana. Banyak tempat aku tinjau seperti Riau, Kampar, Pekan Baru,Jambi,dan Palembang. Aku dapati rata-rata masjidnya berbentuk sedemikian seakan - akan bentuk Masjid Jamik Bidor yang tua ini. Pada suatu hari aku begitu terpanggil untuk berjumpa pihak yang berkenaan kerana aku begitu sedih melihat keadaan Masjid Jamek ini yang rosak dibahagian tertentu serta bahagian dalaman meyebabkan jemaah tidak selesa menggunakannya. Dikesempatan berbual dengan En.Hauzir iaitu ketua Umno Cawangan Bidor dan En.Ishak b. Sharif sebagai Naib Ketua Umno Cawangan Bidor (adik kepada Ismail b.Shariff) juga pengerusi Masjid Jamik Bidor ketika itu (mereka ini juga ada lah anak-anak tempatan seperti aku), kami bersepakat membentangkannya kepada pihak berkenaan. Aku memberi sentuhan fotografi sebagai sumbangan anak kelahiran jati Kg. Masjid Bidor ini. Aku menaruh harapan tinggi menggunung agar mesjid ini berwajah baru. AJK Masjid Bidor memainkan peranan sebaik mungkin..

Dua buah album masing-masing 40kpg gambar diserahkan kepada Perdana Menteri Dato Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Dato Najib Tun Razak di Ipoh, Perak. Dengan bermurah hatinya pemimpin kita ini, memberi sedikit sumbangan peribadi.untuk menjayakannya. Kegawatan ekonomi tidak mengizinkan masjid ini menerima perubahan besar. Atas daya usaha AJK Masjid, Masjid ini dipinda sebanyak mana adanya dan sebaik mungkin. Aku sungguh berpuas hati kerana dapat memberi sedikit sumbangan kepakaran yang ada, biarlah seperti kata perpatah,” Tangan kanan memberi , sorokkan tangan kiri”. Kini Masjid tempat lahirnya aku sedang rancak diubahsuai. Marilah kita memeriahkan Masjid Bidor ini beramai-ramai jika siap nanti, Kalau rakan -rakan blog lalu kekawasan ini,singgah sebentar solat dan hayatilah Masjid Tua ini seadanya………






Saturday, September 12, 2009

SELAMAT HARI LAHIR - 12 SEPTEMBER



Dikesempatan ini, aku sebagai isterimu memohon maaf kerana 'mencuri masuk' ke blog sayang. Aku ingin mengucapkan : 'SELAMAT HARI LAHIR SAYANG'! Semoga ALLAH memberikan kesihatan dan kekuatan dalam menjalani kehidupan di dunia ini, menambahkan rezeki yang sedia ada dan dipanjangkan umur semoga dapat melakukan segala perintahNYA. Mudah-mudahan kehidupan kita suami isteri akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Sesungguhnya aku bahagia hidup disamping mu Sayang! Moga kasih sayang mu akan terus kekal hingga keakhir hayat kita Aminnnn....