Friday, September 18, 2009

Mesjid Jamek Bidor Sedang Berubah Wajah

Masjid Jamek Bidor didirikan diatas tanah kepunyaan keluarga Syeikh Abdul Ghani setelah diwakaf kan. Masjid ini dibina mirip rekabentuknya seperti Masjid-Masjid lama di Sumatera. Aku dilahir pada tahun 1963 di perkarangan Masjid Jamek Bidor ini. Keluarga aku menyewa rumah di tepi sungai lebih kurang 20meter bersebelahan masjid kepunyaan saudara sebelah bapa aku. Orang Bidor lama megenalinya sebagai Opah Ngah, anaknya Pak Kitan yang baru berberapa tahun lepas telah meninggal dunia..Keluarga itu adalah ahli keluarga Penghulu Embi, Penghulu ini tidak pula saya ingat penghulu yang keberapa.

Tahun 1963 , kelahiran ku telah disambut oleh seorang Bidan kampong yang terkenal ketika itu iaitu Opah Munah. Dia juga tinggal diperkarangan masjid yang mana sekarang dikenali dengan nama Kampong Masjid Bidor. Pada masa dahulu, air sungai masih lagi bersih dan penduduk berdekatan megambil air untuk diminum,membasuh pakaian, megambil air sembahyang dsb. Berlampukan minyak tanah aku terus membesar. Keluarga ku kecil, aku mempunyai empat adik beradik dan kesemuanya lelaki dan aku adalah anak bongsu dalam keluarga ku. Akhirnya bapa aku iaitu seorang Juru Ukur Daerah Perak Selatan mendapat tapak baru untuk mendirikan sebuah rumah di kawasan tua iaitu dikampung Cegar pada tahun 1966. Tapak tanah itu adalah tanah pasir timbunan hasil daripada kapal korek dan lombong pam satu ketika dulu. Mulanya 6 keluarga terlibat membangunkannya. Ketua kampong pertama adalah Tok Sidang Ramli, kedua Hj Dolah b.Yakub. Pada masa itu kampong ini dikenali sebagai Kg padang, diikuti Kg Baru Jalan Sungkai dan akhirnya Ketua Kampong ketiga iaitu Ismail b Shariff. Beliau dan penduduk-penduduk kampong telah bersusah payah berusaha untuk menukarkan nama kampong ini. Mereka telah mengajukan kepada pihak pentabiran daerah, supaya menghidupkan semula sejarah lama. Sebagai mengingati jasa Raja Menunggang yang merupakan pembuka kampong ini, Nama Kampong Cegar telah dihidupkan semula. Terima kasih kepada yang berkenaan dan kepada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menghidupkan semula nama Kg Cegar ini. “ Cegar “ dalam ertikata, adalah lata atau tempat dimana air mendatar seakan-akan berpantai.

Ketua Kampong keempat ialah Ahmad Arshad b. Sharif dan Ketua Kampong kelima adalah Anuar b.Darus yang baru dilantik baru-baru ini, Hanya satu harapan yang aku pinta teruskan kemakmuran dengan penuh muhibbah hendaknya demi mengapai Wawasan Negara tercinta sepertimana slogan kemerdekaan kali yang ke52, “ Satu Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Aku pernah bertugas di Indonesia iaitu dibahagian Sumatera Barat pada tahun 1997 untuk menyelesaikan misi Operasi Jerbu. Aku umpama dilantik sebagai Duta Jabatan ku kesana. Banyak tempat aku tinjau seperti Riau, Kampar, Pekan Baru,Jambi,dan Palembang. Aku dapati rata-rata masjidnya berbentuk sedemikian seakan - akan bentuk Masjid Jamik Bidor yang tua ini. Pada suatu hari aku begitu terpanggil untuk berjumpa pihak yang berkenaan kerana aku begitu sedih melihat keadaan Masjid Jamek ini yang rosak dibahagian tertentu serta bahagian dalaman meyebabkan jemaah tidak selesa menggunakannya. Dikesempatan berbual dengan En.Hauzir iaitu ketua Umno Cawangan Bidor dan En.Ishak b. Sharif sebagai Naib Ketua Umno Cawangan Bidor (adik kepada Ismail b.Shariff) juga pengerusi Masjid Jamik Bidor ketika itu (mereka ini juga ada lah anak-anak tempatan seperti aku), kami bersepakat membentangkannya kepada pihak berkenaan. Aku memberi sentuhan fotografi sebagai sumbangan anak kelahiran jati Kg. Masjid Bidor ini. Aku menaruh harapan tinggi menggunung agar mesjid ini berwajah baru. AJK Masjid Bidor memainkan peranan sebaik mungkin..

Dua buah album masing-masing 40kpg gambar diserahkan kepada Perdana Menteri Dato Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Dato Najib Tun Razak di Ipoh, Perak. Dengan bermurah hatinya pemimpin kita ini, memberi sedikit sumbangan peribadi.untuk menjayakannya. Kegawatan ekonomi tidak mengizinkan masjid ini menerima perubahan besar. Atas daya usaha AJK Masjid, Masjid ini dipinda sebanyak mana adanya dan sebaik mungkin. Aku sungguh berpuas hati kerana dapat memberi sedikit sumbangan kepakaran yang ada, biarlah seperti kata perpatah,” Tangan kanan memberi , sorokkan tangan kiri”. Kini Masjid tempat lahirnya aku sedang rancak diubahsuai. Marilah kita memeriahkan Masjid Bidor ini beramai-ramai jika siap nanti, Kalau rakan -rakan blog lalu kekawasan ini,singgah sebentar solat dan hayatilah Masjid Tua ini seadanya………






5 comments:

  1. salam saudara...
    nasib baik saya ziarah blog saudara ni...dah saya baca semuanya...thanks...

    ReplyDelete
  2. thnks sebab cerita sejarah kampung cegar iaitu tempat aku tinggal

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Ketua kg kedua ialah cikgu Haji Ariffin b, Hj Zainuddin PJK....

    ReplyDelete
  5. Saya anak cucu cicit piut miut... ini Gmail isteri saya... saya lukman Hakim bin Abdul Aziz bin Abdul RAHIM bin Mohammad Ali bin syeikh Abdul GHANI bin Datuk bendahara TENGKU SAHARUDIN...mencari asal usul sheikh Abdul ghani...

    ReplyDelete