Petai adalah salah satu lagi daya tarikan di Bidor selain dari Jambu Batu. Petai memang sedap bila dimasak sambal tumis ikan bilis atau sambal tumis udang. Walaupun bau mulut busuk setelah memakannya tetapi kerana kesedapannya kita akan tolak ketepi tentang hal bau busuk tersebut. Petai banyak terdapat di Banjaran Titiwangsa terutamanya di kaki-kaki bukit. Sememangnya kerja mencari petai ini adalah satu kerja yang merbahaya. Ramai dari kawan-kawan ku yang mencari petai di sekitar Bidor. Pokok petai amat tinggi dan besar dan memanjatnya bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan stamina yang tinggi untuk mengambilnya. Kita seharusnya berterima kasih dengan pencari petai kerana tanpa mereka kita tidak akan dapat menikmati kesedapan rasa petai. Harga yang mereka jual memang berbaloi dengan kesukaran yang mereka alami kerana ianya melibatkan nyawa. Ada juga yang meninggal kerana terjatuh dari pokok semasa mengambil petai. Sesiapa yang ingin membeli petai yang baru dan murah boleh la singgah di Bidor dan membelinya. Ramai peniaga yang menjual ditepi jalan sekitar pekan Bidor.
.
No comments:
Post a Comment