Wednesday, November 7, 2012

2ND TRIP TO KOREA - AUTUMN IN MY HEART

Pada 2/10/2012, Alhamdulillah selamat sampai ke Airport Incheon pada pukul 8.30am.  Flight dari LCCT adalah pukul 1.05am.  Waktu di Korea adalah awal sejam dari kita.  Setelah semua proses selesai, kami pun menaiki train untuk mengambil luggage (lebih kurang macam penerbangan International di KLIA juga).  Proses cop passport sekarang ni agak lambat sedikit jika dibandingkan dengan tahun lalu.  Kali ini kita perlu scan tumb print dan gambar bagai sebab itu agak mengambil masa yang lama untuk clear.  Apapun, semua berjalan lancar dan barang2 dan makanan mentah yang kami bawa semuanya lepas tanpa kena periksa.  Risau jugak sebab ada bawa tempoyak.  Tempoyak ini untuk anak buah yg belajar disana.  Dah itu minatnya, so camne susah pun bawak jugak la, maklumlah kat korea mana nak carik tempoyak kan..

Kami menunggu adib (anak buah) untuk datang mengambil kami di airport. Cadangnya setelah pickup di airport akan terus ke rumahnya terlebih dahulu untuk menghantar luggage dan kemudian ke Paju Premium outlet untuk cuci mata.


Cawangannya juga terdapat di Johor.



Ramai juga orang hari tu walaupun weekday, kalau weekend apatah lagi kot..




Konon-konon nak cuci mata saje tapi tersangkut gak lah kasut adidas sepasang


Tuesday, November 6, 2012

HARI TERAKHIR DI HUJUNG BENUA - 25/3/2012

Jom kita jalan-jalan sambil cuci mata...






Shopping at Kathmandu - Bukan di Nepal ye tapi Kathmandu adalah nama salah satu nam shopping complex yang terkenal di NZ



Ini adalah tempat shopping sementara, maklumlah kebanyakan tempat dah musnah.  Walaupun sementara tapi mereka tetap menghias tempat ini untuk kepuasan hati pelanggan. Toilet juga ada disediakan untuk kemudahan pelanggan.


Sempat juga shopping di supermarket mereka.  Ikan salmon sememangnya banyak dan murah disini. Makan sepuas-puasnya disini.


Smoked Salmon yang meletop!!.



Selepas shopping, kami terus ke Botanical Garden





Flight kami adalah pada pukul 12.05 pagi.  Lebih kurang pada pukul 9.30malam kami pun mula bergerak ke Christchurch Airport.  Alhamdulillah sepanjang kami berada di NZ, semua perjalanan kami berjalan dengan lancar dan selamat.  Good Bye New Zealand!


INTERNATIONAL ANTARTIC CENTRE

Selepas punting, kami pun mula bergerak untuk ke Antartic Centre.  Dari tempat ni kami harus segera ke untuk menaiki shuttle bas yang telah disediakan (termasuk dalam tiket).  Jaraknya lebih kurang setengah jam, IAC ni terletak berhampiran dengan Christchurch Airport.

Ini lah bas yang dimaksudkan. Bas ini akan bergerak setiap 1/2 jam dari Christchurch dan begitu juga dari IAC, jadi pandai-pandailah kita budgetkan masa.





Aksi Penguin hahaha..


Apa yang boleh kita tengok dalam IAC


Lets go to Antartic dear!


Sampai juga akhirnya...





Waaahhh... bestnya salji dan turun!!



Penguin memang byk terdapat di Antartic


Sejuknya dalam gua ais ni




Macam iya iya je dah sampai antartic kan..berangan je la..takkan sampai pun. Apa pun begitulah gambaran jika kita berada di Antartica.  Suhunya yang teramat sejuk memang susah untuk kita tahan.  Memerlukan ketahanan dari segi fizikal dan mental.  Ok jom kita keluar pula dan cuba kenderaan yang digunakan di Antartik.  Kita boleh menaiki kenderaan ini tanpa had, tapi bila kita naik, menjerit jugak lah duduk didalamnya sebab dia akan bawa kita menaiki dan menurun bukit serta meredah air. Seronok juga bila dapat merasai simulasi berada di Antartic.  Sesiapa yang datang ke New Zealand, jangan lupa untuk datang dan merasainya sendiri pengalaman ini




Lebihkurang pada pukul 3pm kami pun mula bergerak semula ke Christchurch.  Ini adalah hari terakhir kami berada di Bumi Kiwi jadinya masa kami amat terhad.  Sebaik keluar sahaja, bas sudah ada menunggu dan kami teruskan perjalanan ke Christchurch

CHRISTCHURCH - PUNTING ON THE AVON RIVER

Kami sampai di Christchurch lebih kurang pukul 6pm dan terus check in hotel.  Malam itu kami berjalan ke Christchurch Town. Sungguh menakutkan! Bagaikan dilanggar garuda..sunyi sepi sahaja.  Banyak penduduk pekan telah berpindah dari kawasan pekan kerana di kuatiri tempat tinggal mereka tidak lagi selamat diduduki akibat gempa tempoh hari...kasihan mereka!  Banyak rumah dan bangunan yang retak dan runtuh akibat gempabumi tempoh hari.  Lihat lah gambar bangunan2 yang telah runtuh untuk tatapan dan serba sedikit dapat menginsafkan kita yang mana dunia ini hanya pinjaman. Sekiranya Allah menghendaki sesuatu berlaku, maka beginilah jadinya...


Masih dalam pembinaan


suara hati mereka di luah kan...


Retak disana - sini...


Apa pun.. aktiviti shopping tetap dijalan..hehehe


Pagi tersebut kami menjalankan aktiviti Punting On the Avon River..

Kalau terus beli tiket di sini harga dia mcm kat signboard tu tapi kalau nak murah rajin2 lah melihat website bookme.nz . Di sini selalu ada sales. Hari tu dapat tiket harga 13nzd je kalau tak silap( dah lupa la pulak)












Sesiapa yang nak sewa basikal pun ada jugak kat sini