Friday, September 18, 2009

Pengali Kubur Yang Berjasa

Merobek Dada Kubur
Melaksanakan tugas meyiapkan Lubang Kubur bukanlah satu perkara mudah. Aku terharu dengan pengorbanan rakan-rakan kampong melaksanakannya secepat dan sebaik mungkin. Jenazah perlu kita segerakan,seorang ketua yang berpengalaman seperti Yop Dollah anak jati Bidor sebagai ketua kami dalam melancarkan kerja-kerja pengendalian kini. Beginilah kebiasaannya, bukan wang ringgit yang mereka kejarkan, tetapi sedekah kedrat tulang empat kerat yang mereka berikan. Sikap ini memang tersemai didada anak-anak kampong ini yang bergelar Si Pengali Kubur.

Kebiasaannya apabila ada kematian maka agak tergendalah kerja-kerja mereka yang rata-rata berkerja kampung. Apabila terdengar berita kematian.mereka bergesa ke tanah kubur. Besar sungguh pengorbanan mereka,sesungguhnya tuhan sahaja yang membalas jasa-jasa mereka.

Pin!. pin!..... motor kelabu Honda berplet besar mengikut kehendak JPJ satu ketika dulu kot? Dilaungkan, “Si Polan telah meninggal dunia baru sekejap tadi,mari kita kekubur gali liang”. Orangnya berbadan gempal bermisai tidak, kehulu kehilir mencari rakan yang lain .”moh lah kita cepat Jama Mat Rawi mendesak”, sememangnya dialah yang diharapkan. dan disegani rakan-rakan kampong yang lain. Pelapis kepada generasi Pengali Kubur yang lama. Beliau semenjak dari kecil lagi terlibat secara tidak langsung mengikuti Arwah ayahnya menjalankan tanggung jawab fardu kifayah ini.

Lensa kemera ku kali ini merobek dada kubur. Dikesempatan ini aku mengambil nya sebagai memperingati sesama kita bahawasanya kita juga akan berada dilubang kubur sedemikian rupa satu hari nanti. Dikedalamannya disediakan liang pepat atau lahat dan terkujur lah jenazah, maka terpisahlah amalannya dimuka bumi ini.

Apakah suatu hari nanti kita dapat melaksanakannya sebaik mungkin sepertimana tugas mereka-mereka sipengali kubur? Kita renungkanlah sejenak………Budaya berkampung kita amalkan, sikap muafakat kita amalkan dan fardu kifayah kita laksanakan. Semuga si Pengali Kubur berbakti lagi…….
















1 comment: