Setelah penat di Tanah Abang, kami ke Sanno Hotel yang terletak agak jauh dari city centre. Rate hotel untuk satu malam – Rph 360K. Malamnya kami hanya sempat ke Sogo sahaja dan di sana sempat jugak aku mencari T Shirt Polo Collection ku bernombor 5. Harga agak murah dari sini. Aku dapat beli sehelai dengan harga Rph 247K (RM89.90) iaitu setelah diskaun 20%. Kami makan malam di food court sahaja. Kami tidak punya banyak masa di Jakarta. Puncanya kami ke Jakarta adalah kerana teringin nak naik keretapi dari Jakarta ke Bandung kerana ingin menikmati pemandangan dan juga thrill naik keretapi yang landasannya berada dilereng2 bukit. Oleh kerana musim gempa, kami tukar haluan dengan menaiki Van sahaja. Takut juga jika gempa berulang, tergilincir pulak keretapi..isshhhh jgn harus disebut..nauzubillah! Harap2 sekarang ini tiada lagi bencana menimpa dan semua org dpt pergi ke sana dengan aman dan selamat. Hari esok kami akan ke Bandung.
Penjual kerak telur (Agak unik makanan ni tapi tak berani nak cuba)
Sogo sales
No comments:
Post a Comment