Friday, November 6, 2009

TRIP TO JAKARTA/BANDUNG

Dah agak lama tak update kat blog ni. Seminggu sebelum nak pergi makan angin, aku kena demam chicken pox. Seksanya bila dah tua2 macam ni kena demam tu, sakitnya tuhan je tahu. 5 hari aku tak menjamah nasi dan badan sakit2. Pada mulanya aku rasa aku tak akan dapat pergi bercuti sbb takut chicken pox tak kering lagi. Mungkin agaknya rezeki tu dah tertulis untuk aku pergi alhamdulillah aku sembuh tapi muka ku berparut banyak sekali. Dek kerana risau takut diganggu untuk penerbangan, aku mendapatkan surat pengesahan doktor yg menyatakan bahawa aku telah sembuh dari demam. Aku ada terbaca dalam forum tentang pesakit yang disuruh turun dari kapalterbang apabila dia didapati terkena chicken pox kerana takut berjangkit ke penumpang lain. Memang chicken pox aku belum sembuh sepenuhnya kerana sepertimana yang kau orang tahu, dia mengambil masa berminggu2 dan mungkin juga berbulan untuk sembuh sepenuhnya termasuklah parut tersebut hilang. Sehingga kehari ini, parut kat muka masih belum lagi hilang. Dah tua2 mcm ni tak kisah la..hehehe

Balik dari bercuti hari tu, terus mulakan tugas yg dah tertangguh dan hari ini aku cuba update semula blog ni insyallah.

Alhamdulillah perjalanan kami semua selamat dan tidak ada apa2 yang menganggu. Iye la..sebelum nak pegi tu mcm2 bencana gempa bumi berlaku di Indonesia termasuklah kes 'ganyang malaysia'. Ikutkan hati memang malas juga nak pergi tapi terasa rugi pulak tiket yang dah beli. Yang paling penting nak shopping di Bandung...best ooo....kalau dah pergi sekali memang nak pergi berkali-kali..kalau tak percaya....cuba la. Agaknya berhantu kot hahaha!

Ok bermulanya perjalanan adalah pada pukul 7.30pm pada 16/10/2009. Berhenti makan malam di Tanjung Malim dan meneruskan perjalanan ke rumah adik di Putrajaya. Memang di situlah tempat parking kami bila kami pergi ke luar negara. Tapi sekarang parking di sana dah jadi masalah sebab dah tak de tempat nak parking. Maklumlah, setiap sebuah rumah pemiliknya memiliki lebih sebuah kereta jadi itu lah menjadi punca utama tiada tempat parking. Tak tahu la bagaimana aku nak parking kat sana lagi (pening juga memikirkan tentang hal parking ni..maklumlah nak parking free).

17/10/2009 (Sabtu)

Pukul 6.50 kami dah mula turun dari flat tingkat 10 dan call teksi untuk ambil kami berdua. Tak sampai 10 minit teksi dah datang dan menghantar kami ke ERL Station. Tambang teksi yang dikenakan adalah RM13.00. Kemudiannya kami membeli tiket ERL ke KLIA berharga RM6.20 seorang sehala. Sampai di KLIA, kami pun mengambil bas ke LCCT. Tambang sekarang dah naik RM0.50 iaitu RM2.00 sehala. Sampai di LCCT lebih kurang pukul 8.10 pagi dan kami terus ke baggage counter kerana kami telah pun check in awal sehari. Masa nak masukkan baggage, rupanya baggage kami terlebih 6Kg sbb dipenuhi dgn air mineral. Aku keluarkan 4 botol dan ok je timbangan sebanyak 15Kg. Kapalterbang kami ke Jakarta adalah pada 9.50am dan alhamdulillah tiada delay. Kami selamat sampai di lapangan terbang Jakarta pada pukul 10.50 waktu tempatan dan di tunggu oleh Pak Agus iaitu supir kami di Jakarta/Bandung.
Ruang Menunggu LCCT
Luar kawasan Lapangan terbang Jakarta

No comments:

Post a Comment