Edinburgh city diwaktu pagi
Opssss..rupa2nya bukan sahaja roda yang rosak, apabila kami nak membuka luggage, tiba2 bag tu tak boleh dibuka. walaupun nombor dah di pusing dengan betul tapi tetap tak boleh dibuka seperti lock tu sangkut atau jammed. Usaha terakhir terpaksa di kopek dengan pisau dan sudu. Kesilapannya adalah kami terlupa untuk membawa key side lock, kalau tidak luggage ni masih boleh digunakan. Sayang betul luggage ni..dah 5 tahun dia berbakti rupa2nya dia nak tinggal di Scotland. Selamat tinggal bag ku!!!
Semasa di Scotland ni terjadi incident dimana roda luggage saya telah tercabut. Maklumlah mungkin terlalu banyak adengan menarik beg. Nasib baik kami membawa 2 bag. Sayang rasanya nak tinggalkan beg ni di Scotland sbb yang rosak hanya roda sahaja.
Bilik Air
Ini adalah standard room. Harga semalam -GBP68. Selesa dan Bersih. Puas hati stay di sini sbb locationnya.
Ini adalah Hotel Old Waverly. Hotel ini amat strategik dan berdepan dengan Waverly Train St serta bus St. Hotel ni terletak di Princess Street yang happening.
Kami tiba di Edinburgh pada pukul 5.30pm waktu tempatan. Setiba di airport Edinburgh, kami ditanya oleh pegawai imigresen dengan pelbagai soalan sehingga luggage kami disimpan kerana mungkin telah banyak kali berpusing tanpa diambil. Panik juga kami dibuatnya bila tiada orang di kawasan pengambilan luggage. Wife pergi membuat pertanyaan di kaunter easyjet dan kami di suruh mengambil luggage kami di kawasan penyimpanan. Legaaaa.... Ini satu experience bagi kami. Tak guna betul pegawai imigresen tu, bukannya apa..dia dah tak de kerja sebab flight kami adalah flight terakhir pada hari itu dan dia mungkin terlalu senang dan dengan ramah tamahnya bersembang dengan kami. Akhirnya kami tiba di Edinburgh city pada pukul 7.00pm(dah gelap)
Kami akan ke Scotland dengan menaiki pesawat Easy Jet ke Edinburgh, Scotland. Flight kami adalah pukul 5.00pm waktu tempatan. Berakhir lawatan di Amsterdam dan tiba masanya utk explore Scotland pula.