Monday, August 31, 2009

Pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah



SRJK (Inggeris) Bidor

Aku telah mendapat pendidikan awal di SRJK (Inggeris) Bidor dan sekarang telah dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Seri Bidor. Ianya telah didirikan pada 1 Febuari 1953 di Jalan Persatuan Bidor. Nama asalnya ialah Government English School Bidor. Pada mulanya sekolah ini adalah di bawah pentadbiran En. G.A. Machado M.B.E., guru besar Government English School Tapah. Bilangan murid pada awal penubuhan sekolah ini adalah seramai 73 orang. Mereka ditempatkan dalam dua buah kelas. Tenaga pengajarnya adalah seramai tiga orang termasuk seorang guru yang dilantik sebagai ketua atau ‘Teacher In-Charge.’ Guru yang pertama dilantik sebagai ‘Teacher In-Charge’ ialah En. Tan Chin Guan dan akhirnya dilantik sebagai guru besar yang pertama. Pada tahun 1957 bilangan kelas bertambah kepada tujuh buah kelas – sebuah kelas daripadanya telah ditumpangkan ke Sekolah Kebangsaan Bidor. Pada tahun 1957 juga telah didirikan sebuah bangunan yang mengandungi enam buah bilik. Sekolah ini kemudiannya telah diberi nama Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Bidor. Lembaga pengurusan sekolah bagi SRJK (Inggeris) Bidor telah ditubuhkan pada 1959. Pengerusi Ahli Lembaga Sekolah yang pertama ialah En.Chew Thian Siew AMN, PJK, JP seorang tokoh tempatan di Bidor.
Pada tahun 1963 bilangan kelas telah bertambah daripada tujuh buah kepada 13 buah kelas, manakala sebuah kelas daripadanya telah ditumpangkan pula di SRJK (C) Choong Hua 1, Bidor. Ekoran daripada itu, pada tahun 1964 telah dibina tiga lagi bangunan baru bilik darjah.
Pembukaan rasmi sekolah ini telah dilakukan oleh Yang Berhormat En. Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran Malaysia pada 1 April 1965. Untuk kemudahan ibu bapa dari kawasan Sungkai, sebuah bilik darjah untuk Tahun Satu telah ditumpangkan di SRJK (T) Sungkai sebagai cawangan sekolah ini.
Pada tahun 1968, sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi lima buah bilik darjah lagi dibina. Pada tahun 1976 sebuah bangunan untuk kantin sekolah telah dibina. Sekolah ini kemudiannya diberi nama Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Bidor. Dan seterusnya SK Seri Bidor pada tahun 1994. Sejarah sekolah ini telah ku ambil dari laman blog bidor news.





Sekolah Menengah Syeikh Abdul Ghani

Seterusnya aku meneruskan pengajian ku ke smsag pada tahun 1976. Adalah satu perkara menarik dan perlu disentuh mengapa Lembaga Pentadbiran Sekolah ini memilih nama Syeikh Abdul Ghani. Tokoh ini adalah seorang yang penting dalam sejarah tempatan. Mengikut sejarah, semasa pemerintahan Sultan Salehuddin, Sultan Perak ke-9 Bidor dibuka keran hasil timahnya. Orang yang pertama dilantik menjadi penghulu Bidor ialah Syeikh Abdul Ghani. Sebagai mengenang jasanya terhadap masyarakat tempatan, nama beliau diabadikan untuk nama sekolah ini.

2 comments:

  1. Saya ada lah salah seorang murid yang awal belajar disekolah ini, Masuk Std 1 pada tahun 1954 sampai Std 6 pada tahun 1959 seterus nya ke Sekolah Menengah GES Tapah. Berasal dan lahir di Kampong Bikam dan menaiki bas ke sekolah.
    Tan Chin Guan ada lah Headmaster dan guru2 yang saya ingat: Felix Mathews, Kamarudin Ariffin, Kong Siew Guan. Lain dah lupa.
    Anda boleh ikuti blog saya: www.pakmus.blogspot.com dan email saya mus1945@hotmail.com

    ReplyDelete
  2. Saya lukman Hakim bin Abdul Aziz bin Abdul RAHIM bin Mohammad Ali bin syeikh Abdul GHANI bin Datuk bendahara TENGKU SAHARUDIN... bangga dgn moyang2 saya...

    ReplyDelete