Cuaca pada hari ini hujan dan temperature lebih kurang 14C. Tepat pukul 8.00am datang lah seorang perempuan menyapa isteriku dan dia memperkenalkan dirinya sebagai driver Shuttle Airport Van yang akan membawa kami ke Pete’s Farm. Perjalanan ke Farm Stay lebih kurang 40 minit dan dalam perjalanan kami meminta agar dia dapat berhenti dimana2 supermaket kerana kami ingin membeli makanan untuk dimakan pada waktu lunch dan dinner nanti. Kami menyewa cottage makanya ada dapur untuk memasak. Bagi aku dan isteri cukup lah membeli ikan salmon, buah2an dan sayur2an. Sememangnya nikmat makan buah2an dan sayur2an kerana rasanya manis dan fresh sekali. Ikan salmon juga paling best di sini. Tetapi kena ingat jgn convert duit mereka kepada duit kita kerana sudah semestinya agak mahal hehe. Ikan Salmon 4 potong kecil je kami beli dgn harga nzd10.90.
Setelah membeli belah di Countdown supermarket kami pun meneruskan semula perjalanan ke Farmstay. Perjalanan dari Christchurch ke Rangiora lebih kurang 40 minit dan bila sampai disana kami disambut ramah oleh Peter dan Gaye (Pasangan suami isteri ini memiliki tanah yang luas untuk pertanian dan penternakan dan dalam masa yang sama membina sebuah cottage dan juga beberapa bilik yang disewakan kepada pelancung. Sungguh nyaman dan tenang sekali semasa berada disini.
Damai dan nyamannya......
Bilik yang disediakan di farmstay. Sungguh selesa sekali ditambah dengan udara yang nyaman dan pemandangan yang menarik
No comments:
Post a Comment