Pagi-pagi lagi kami telah bangun untuk bersiap check out dan bertolak ke Mt Cook dan Christchurch. Bas kami adalah pada pukul 7.30am. Tempat perhentian bas dari X Base hanya lebih kurang 300 m sahaja. Pada hari ini cuaca baik tetapi malangnya di pertengahan jalan ke Mt Cook, tiba-tiba cuaca berubah seperti mahu hujan. Harapan untuk melihat pemandangan Mt Cook tidak tercapai kerana cuaca telah berubah dari terang menjadi gelap. Lihatlah pemandangan sepanjang perjalanan ke Mt Cook.
Lake Pukaki dan Lake Tekapo dua tasik yang warna airnya berbeza. Di tasik ini banyak terdapat ikan trout dan Salmon
Lake Tekapo
Kami berhenti di Galeri Sir Edmund Hilary untuk melihat peralatan memanjat gunung dan bermacam-macam info boleh kita dapatkan disini. Bagi yang meminati aktiviti lasak, disinilah tempatnya untuk mendaki Mt Cook dan menikmati keindahan puncak gunung Mt Cook yang senantiasa di litupi ais.
No comments:
Post a Comment