Kami singgah di Dunedin cuma 2 hari semalam sahaja dan meneruskan perjalanan kami ke Queenstown. Disebabkan teringin menaiki scenic train, kami pun menempah tiket menaiki Taeri Gorge Train bermula dari Dunedin ke Pukerangi. Dari Pukerangi ke Queenstown kami menaiki shuttle van (termasuk dalam harga ticket). Tambang train agak mahal tapi train ini amat unik kerana masih menggunakan arang batu sebagai pembakaran. Badan train masih kekal dengan bentuk lama iaitu binaan kayu.
Tingkap kayu
Toilet ada disediakan
Berhenti di sebuah station yg bernama "Hindon"
Dalam perjalanan menaiki van ke Queenstown, kami menikmati sekali lagi pemandangan yang amat cantik. Bagi sesiapa yang melihat cerita Lord Of The Rings, disini lah tempat pengambaran diambil. Damai dan tenang sahaja dan seperti biasa biri-biri dan lembu akan menjadi tetamu rumput-rumput yang menghijau subur. Memang sudah dikenali binatang lebih banyak dibandingkan manusia yang tinggal di bumi kiwi ini. Layan je pemandangan dalam perjalanan kami kerana gambar akan
menceritakan segalanya…Stesen keretapi terakhir sebelum kami meneruskan perjalanan ke Queenstown adalah Pukerangi. Kami mengambil luggage didalam gerabak dan seterusnya mengambil shuttle van ke Queenstown. Ini adalah driver yg membawa kami ke Queenstown.
Sana-sini kita boleh lihat biri-biri meragut rumput. Tengok lah berapa sihatnya biri-biri ni
Kawasan penternakan biri-biri ini di pagar dengan pagar elektrik
Tapak persinggahan Caravan. Disini memang banyak yang menyewakan Caravan untuk bergerak kemana-mana. Harga pun berpatutan serta byk kemudahan juga disediakan. Kalau memandu di sini harus berhati-hati dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Speed trap sentiasa berada dimana-mana dan lagi satu jangan lupa memakai tali pinggan keledar. Kalau kena saman melayang 200nzd
Suka tengok laman rumah dia orang yang bersih dan cantik. Laman rumah mereka tidak berpagar kerana amat selamat.
Di NZ ni signboard amat friendly. Rasanya kalau memandu pun tidak akan sesat kerana disetiap persimpangan akan jumpa signboard menunjuk arah kemana arah tuju kita seterusnya.
Mari layan pemandagan dari Alexandra ke Cromwell.
No comments:
Post a Comment