Ini la tempat penginapan kami X Base - Lokasi amat strategik
Seberang jalan je dah boleh jumpa 24hrs supermarket jadi tak yah bimbang kalau tengah malam kelaparan boleh je masuk sini cari apa yg patut boleh dimakan
Lepas bangunan tu dah boleh jumpa 'Kathmandu' tempat shopping ye bukan negara Nepal hehe. Disini banyak dijual baju dan peralatan sukan. Bagi yg selalu panjat gunung atau main basikal mmg byk brg yang boleh dibeli disini. Di Australia dan New Zealand memang jenama ni amat famous. Masa kami berada disini, secara kebetulan dia org buat sales, jadi apa lagi beli la brg yg berkenan dihati.
Di sini kemain banyak kedai souvenir cuma nak rajin jalan dulu survey harga sebelum membeli. Sepanjang yang aku survey kedai DF shop adalah tempat yang paling murah dan sesiapa yang nak ke NZ, saya recommend DF Shop Souvenir. Oppss...tadi cerita nak gi naik Gondola kan tiba2 ter excited pula nak cerita shopping.. Tak pe kan..selingan sebelum naik gondola
Ini adalah jalan ke Gondola Skyline. Kena mendaki la juga
Ok dah sampai pun..jom beli tiket dulu, kalau tak macam mana nak naik
Ok..dah beli tiket jom kita naik gondola. Gondola ni tidak lah setinggi Langkawi ye tapi pemandangan untuk melihat Lake Wakatipu dari level tinggi memang la Superb! Berbaloi-baloi!
Sesiapa nak buat bungy jump pun boleh..ada berani??
Sesiapa yang nak try luge ride kena naik benda alah ni dulu
HAKA SHOW ( DAH TERMASUK DALAM TIKET GONDOLA)
Ini lah Haka Show yang dipersembahkan oleh orang Maori (org asli New Zealand).
Ada sesiapa boleh buat lidah macam tu????
No comments:
Post a Comment