Monday, May 24, 2010

WARNA-WARNA KEHIDUPAN DUNIA

Cara mereka bersiar-siar.... Dah tua pun masih lagi gigih berjalan


Bersiar2 dengan beca pun boleh



Anjing menaiki train

Lihat la anjing tu...ia juga berdisiplin. Aku perhatikan kelakuannya... pabila lampu merah dia akan berhenti dan bila hijau dia akan segera melintas jalan..pandai sungguh!!! Kenapa aku kata ia pandai... sebab ia tidak diikat dan hanya dilepaskan begitu saja tanpa perlu diawasi
Lihat lah betapa sayangnya tuannya kepada anjing ini..siap berbaju dan diletakkan diatas tilam sebab cuaca yg sejuk. Lihat la berapa byk puppet disekeliling anjing tu



Sepanjang aku berada di sana sering aku lihat bagaimana keakraban binatang peliharaan dan tuannya. Mereka amat menyayangi binatang peliharaan mereka. Diberi tempat berteduh dan makanan dan membawa mereka bersiar2. Lihatlah anjing ini... dibekalkan beg dan dibawa kemana2 untuk mengelakkan dari kesejukan. Mengapa negara kita masih ada kes dera sedangkan binatang lagi mereka sayangi!
Mencari makan dengan cara begini adalah cara mereka. Mereka tidak meminta sedekah tapi melakukan kerja untuk mendapatkan sesuatu dari orang ramai. Kenapa di negara kita ramai yang hanya meminta tanpa melakukan sesuatu untuk boleh menarik perhatian dan simpati dari orang ramai? Kita boleh jadikan ianya satu contoh yang baik.

Mat Black yang masih blur tak tahu nak nyanyi lagu apa... dondang sayang boleh??? hehehe


Selama 3 hari aku disana aku sering terserempak dengan minah hindi ni. Setiap kali aku lalu pasti dia memainkan lagu nostalgia hindustan..mengasyikkan!



Saturday, May 22, 2010

HARI TERAKHIR DI LONDON

Selepas selesai semuanya kami pun beredar balik semula ke hotel untuk bersiap2 balik ke Malaysia. Sepanjang hari London menangis tanpa henti. Dalam basah2 kami redah balik ke hotel mengambil luggage dan menunggu bas national express untuk ke airport Stansted. Selamat tinggal London dan bumi Eropah. Banyak kenangan dan pengalaman yang kami alami semasa sepanjang kami bercuti. Kenangan Indah yang perlu terpahat di hati dan kenangan pahit buangkan jauh2 dan jadikan pedoman dalam hidup kita. Alhamdulillah semua perjalanan kami lancar dan dilindungi ALLAH SWT. Penerbangan kami ke Kuala Lumpur adalah pada pukul 11.35pm (27/3/2010) waktu tempatan dan mengambil masa lebih kurang selama 14 jam. Kami selamat sampai ke Malaysia pada pukul 8.15mlm pada 28/3/2010.Jika ada rezeki ingin kami jalajahi bumi eropah yang lain, mudah2an diizinkan tuhan ..amin!!


Dah habis shopping, perut pun lapar dan kami makan tengahari di kedai ini… ada logo halal dan kami pun makan nasi goring/ayam dengan harga GBP5 satu kotak. Selepas selesai semuanya kami pun beredar balik semula ke hotel untuk bersiap2 balik ke Malaysia. Sepanjang hari London menangis tanpa henti.

Antara Souvenir yang dibeli


Fridge Magnet



HANDBAG NI HARGA DIA GBP70 TAPI DAPAT DISCOUNT 20% SBB DAH BELI KASUT. HANDBAG NI BOLEH GUNA SHOULDER / SLING BAG. YANG WARNA MERAH - GBP55 DAN PUTIH GBP30



GBP 40


Bukan tujuan nak menunjuk ye sekadar hanya nak share saja. Harga kasut ni GBP50

Selepas melihat changing guard, kami ulang lagi ke Oxford Street membeli mana2 yang tertinggal. Singgah di Clark Shops..apa lagi.. beli la mana yang berkenan kerana harga dia memang murah dari sini. Sempat juga aku membeli 3 pasang kasut dan wife juga membeli 2 pasang kasut dan handbag. Pergi lagi ke Perfume shop..hmmm memang gile beli perfume kerana harganya amat murah. Tak sedar kami membeli minyak wangi berbotol2 (terpakai ke agaknya??) rasa2nya 4 – 5 thn pun tak habis. Itu la kalau nafsu dah menguasai minda!!


Jenama perfume yang dibeli : Paco Rabbane, Ben Sherman(2 sets), Ferrari Red/Black/ CK One/Hermes/CK2/Britney fantasy/Axis/Baverly Hill/Ricci Ricci/Elizeberth Proactive/Paris Hilton/JLO Glow











Tengok la orang dah menunggu awal-awal pagi untuk mendapatkan angle menarik. Cuaca suram memaparkan image yang suram juga


Burkingham Palace



Polis Berkuda

Beli souviner dulu dalam perjalanan ke Palace


Hari ini adalah hari terakhir kami di London. Pagi2 lagi kami telah keluar untuk melihat ‘changing guard’ di Burkingham Palace. London masih hujan tetapi kami redah juga kerana kami tidak mempunyai banyak masa. Setibanya kami disana org ramai telah pun menunggu untuk melihat ‘changing guard’. Huhhhh!!! memang ramai maklum la Europe pada masa itu cuti sekolah jadi ramai lah pelancung yg datang ke London.

Friday, May 21, 2010

PARIS KOTA CINTA

Berakhirlah perjalanan kami di Paris. Memang tak puas sebab sehari sahaja. Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur kerana dapat juga melihat Effiel Tower dengan sendiri. Kami akan menaiki Eurostar kembali semula ke London Kena lihat papan tanda ini untuk mengetahui dimana harus depart

Tanda kami telah menjejakkan kaki ke HRC Paris Kami meneruskan perjalanan terakhir kami di Kota Paris dengan mencari Hard Rock Cafe Shop. Agak jauh jugak berjalan dan akhirnya berjumpa juga. Seperti biasa membeli T-Shirt adalah wajib hahaha!


Effiel Tower - Lambang Kota Paris






Pemandangan dari Atas Tingkat 2



Dah sampai ke tingkat 2 Effiel Tower. Tak de apa istimewanya hanya sekadar boleh lihat pemandangan Kota Paris


Hari itu orang terlalu ramai... kalau bkn disebabkan telah beli tiket harus tak naik atas effiel tower dan cukup la sekadar bergambar sahaja. Harga Ticket adalah Berjam2 menunggu untuk menaiki Lift ke tingkat 2. Ok .. jom sambung naik bas ke Effiel Tower







Beca juga merupakan transport yang penting di Paris

Arch De Triomphe
Dah puas hati menjamu mata sambung lagi jalan di Champ Elysses St yang famous di Paris
Tak sabar nak masuk kat bangunan belakang tu!
Dah pun sampai kat depan Bangunan LV. Ingat!!! Jangan beli ye yang..tengok je hahaha!


Tengok la Bangunan LV kat belakang tu... orang perempuan memang berminat nak masuk kat dalam tu tapi harganya tahu2 jela walaupun murah dari sini tapi tetap mahal.. paling murah pun purse dia harganya RM1000++
Nampak tak Effiel tower kat belakang tu?



Bangunan-Bangunan di Paris ni amat besar dan cantik! Kelassss!

Cuaca pada hari itu memang sejuk. Tengok la org sebelah kami tu siap berbungkus hehehe




Jom naik! Kami membeli tiket berharga Euro21 seorang untuk menaiki bas merah ini. Actually tiket ini valid for 2 days. Dengan menaiki Sightseeing Tour Bus kita tak payah pening kepala mencari attraction place kerana dia akan melalui semua tempat dan kita boleh berhenti dan naik semula pada bila2 masa.





Dengan membeli mobilis tiket Euro5.90 kami mengambil train untuk memulakan perjalanan kami di Paris. Macam-macam insiden berlaku semasa membuat pertanyaan. Orang-orang di sana tidak faham bahasa Inggeris dan kami berbahasa itik/ayam. Orang-orang disana very frendly and willing to help you. Kami tidak mempunyai masalah walaupun ambil masa sikit untuk sampai ketempat yang kami ingin tujui.

Destinasi Pertama adalah Notre Dame

Akhirnya.... Sampai jugak di St Paris Gare Du Nord! Dalam Eurostar

Sempat Posing sebelum masuk kedalam Eurostar





St Pancras International Station

Pagi-pagi lagi kami telah berangkat ke St Pancras International untuk ke Paris dengan menaiki Eurostar. Pada awal pagi itu kami menaiki bas dari victoria coach ke St Pancras. Kami tiba di St lebih kurang pukul 5.40pagi. Eurostar kami adalah pada pukul 7.30am dan dijangka sampai di Paris pukul 10.59 waktu tempatan. Waktu di Paris awal satu jam dari London.

Semasa nak check In baru perasan yang ticket kurang satu ( ticket tertinggal dlm luggage). Tapi tak pe jangan risau, wife pergi jumpa dengan kakitangan di St tersebut untuk mendapatkan salinan tiket. Dia print yang baru dan settle so boleh teruskan perjalanan ke Paris.

Perjalanan ke Paris mengambil masa lebih kurang 2 1/2jam sahaja dengan melalui dasar laut dan kadang2 gegendang telinga terasa sakit akibat tekanan. Alhamdulillah kami selamat sampai tepat pada waktunya. Akhirnya sampai juga aku ke Kota Cinta Paris!