Friday, May 21, 2010

PARIS KOTA CINTA

Berakhirlah perjalanan kami di Paris. Memang tak puas sebab sehari sahaja. Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur kerana dapat juga melihat Effiel Tower dengan sendiri. Kami akan menaiki Eurostar kembali semula ke London Kena lihat papan tanda ini untuk mengetahui dimana harus depart

Tanda kami telah menjejakkan kaki ke HRC Paris Kami meneruskan perjalanan terakhir kami di Kota Paris dengan mencari Hard Rock Cafe Shop. Agak jauh jugak berjalan dan akhirnya berjumpa juga. Seperti biasa membeli T-Shirt adalah wajib hahaha!


Effiel Tower - Lambang Kota Paris






Pemandangan dari Atas Tingkat 2



Dah sampai ke tingkat 2 Effiel Tower. Tak de apa istimewanya hanya sekadar boleh lihat pemandangan Kota Paris


Hari itu orang terlalu ramai... kalau bkn disebabkan telah beli tiket harus tak naik atas effiel tower dan cukup la sekadar bergambar sahaja. Harga Ticket adalah Berjam2 menunggu untuk menaiki Lift ke tingkat 2. Ok .. jom sambung naik bas ke Effiel Tower







Beca juga merupakan transport yang penting di Paris

Arch De Triomphe
Dah puas hati menjamu mata sambung lagi jalan di Champ Elysses St yang famous di Paris
Tak sabar nak masuk kat bangunan belakang tu!
Dah pun sampai kat depan Bangunan LV. Ingat!!! Jangan beli ye yang..tengok je hahaha!


Tengok la Bangunan LV kat belakang tu... orang perempuan memang berminat nak masuk kat dalam tu tapi harganya tahu2 jela walaupun murah dari sini tapi tetap mahal.. paling murah pun purse dia harganya RM1000++
Nampak tak Effiel tower kat belakang tu?



Bangunan-Bangunan di Paris ni amat besar dan cantik! Kelassss!

Cuaca pada hari itu memang sejuk. Tengok la org sebelah kami tu siap berbungkus hehehe




Jom naik! Kami membeli tiket berharga Euro21 seorang untuk menaiki bas merah ini. Actually tiket ini valid for 2 days. Dengan menaiki Sightseeing Tour Bus kita tak payah pening kepala mencari attraction place kerana dia akan melalui semua tempat dan kita boleh berhenti dan naik semula pada bila2 masa.





Dengan membeli mobilis tiket Euro5.90 kami mengambil train untuk memulakan perjalanan kami di Paris. Macam-macam insiden berlaku semasa membuat pertanyaan. Orang-orang di sana tidak faham bahasa Inggeris dan kami berbahasa itik/ayam. Orang-orang disana very frendly and willing to help you. Kami tidak mempunyai masalah walaupun ambil masa sikit untuk sampai ketempat yang kami ingin tujui.

Destinasi Pertama adalah Notre Dame

Akhirnya.... Sampai jugak di St Paris Gare Du Nord! Dalam Eurostar

Sempat Posing sebelum masuk kedalam Eurostar





St Pancras International Station

Pagi-pagi lagi kami telah berangkat ke St Pancras International untuk ke Paris dengan menaiki Eurostar. Pada awal pagi itu kami menaiki bas dari victoria coach ke St Pancras. Kami tiba di St lebih kurang pukul 5.40pagi. Eurostar kami adalah pada pukul 7.30am dan dijangka sampai di Paris pukul 10.59 waktu tempatan. Waktu di Paris awal satu jam dari London.

Semasa nak check In baru perasan yang ticket kurang satu ( ticket tertinggal dlm luggage). Tapi tak pe jangan risau, wife pergi jumpa dengan kakitangan di St tersebut untuk mendapatkan salinan tiket. Dia print yang baru dan settle so boleh teruskan perjalanan ke Paris.

Perjalanan ke Paris mengambil masa lebih kurang 2 1/2jam sahaja dengan melalui dasar laut dan kadang2 gegendang telinga terasa sakit akibat tekanan. Alhamdulillah kami selamat sampai tepat pada waktunya. Akhirnya sampai juga aku ke Kota Cinta Paris!

No comments:

Post a Comment